View: 1694|Reply: 5
|
Hujan Lebat Dan Kilat Sabung Menyabung, Alif Satar Kongsi Cabaran Berniaga
[Copy link]
|
|
Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar baru-baru ini berkongsi pengalamannya sepanjang menjalankan perniagaan di bazar Ramadan.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Alif Mohd Satar yang rancak mengusahakan bisnes sate, kadangkala terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu hingga menjejaskan operasi perniagaan.
Berhadapan dengan situasi mencabar, Alif mengakui adakalanya berasa dia seperti tidak berdaya untuk terus mengharungi cabaran seperti itu.
"Khemah terbang, kilat sabung menyabung, arang kayu api pula basah. Memang nervous dan rasa tak berdaya sebab tempahan dah start masuk," tulisnya di Instagram.
Selebriti berusia 32 tahun itu turut memuat naik video memaparkan dirinya dan seorang pembantu yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan khemah berniaga selain menyelamatkan peralatan lain daripada tempias hujan.
Berada dalam situasi sedemikian, Alif lebih memahami keperitan dan perasaan peniaga yang pernah mengalami kejadian serupa selain mengagumi semangat peniaga yang terus cekal menjalankan bisnes mereka.
"Masa ini, saya betul-betul faham betapa cabaran mereka yang mencari rezeki dengan cara berniaga. Panas, hujan, ribut, karenah pelanggan kena hadap hari-hari.
"Sebulan saya di tepi jalan ni, hampir setiap hari. Apa yang saya boleh katakan, saya respect peniaga-peniaga. Anda semua memang the real hustlers of life," tulisnya.
Dalam pada itu, Alif turut mendoakan agar segala urusan para peniaga dipermudahkan selain mereka diberikan rezeki melimpah ruah. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Laku tak ni? Nasi ayam dia jual/dia duta kat aeon Big dulu pon nmpk tak laku. Tak lama Lepas tu bungkus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau pulka dia berniaga. Dah tak berlakon ke |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 30-4-2022 06:25 AM
Laku tak ni? Nasi ayam dia jual/dia duta kat aeon Big dulu pon nmpk tak laku. Tak lama Lepas tu bung ...
Dh xde ke nsi dia kt aeon ? Dia, fizo omar pun ada kan. Iols pn x pernah beli |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 30-4-2022 02:28 PM
Dh xde ke nsi dia kt aeon ? Dia, fizo omar pun ada kan. Iols pn x pernah beli
Lama dah x der.. Memang x pernah nmpk orang amik pon nasi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
satay org letak muka artis sorilah aku pangkah siap2 produk gini! |
|
|
|
|
|
|
| |
|