CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 28/04/2022

[Copy link]
Post time 29-4-2022 05:58 AM | Show all posts |Read mode
36 kes baharu COVID-19, Sabah semakin stabil

KOTA KINABALU: Kedudukan semasa jangkitan COVID-19 di Sabah terus bertambah stabil dengan 36 kes baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, terdapat tujuh daerah mencatatkan pertambahan kes baharu berbanding 10 daerah yang merekodkan jumlah jangkitan lebih rendah daripada sebelumnya.

Katanya, sebanyak 10 daerah kekal dengan jumlah kes yang sama seperti yang dilaporkan semalam.

"Hari ini 15 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, satu petanda baik bahawa Sabah berada dalam fasa penstabilan dan pemulihan.

"Sebanyak 11 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dengan enam daripada daerah-daerah itu masing-masing merekodkan hanya satu jangkitan sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kota Kinabalu merekodkan sebanyak 11 kes baharu kembali menjadi daerah tunggal yang mencatat kes baharu dua angka.

Masidi berkata, seramai 34 orang daripada 36 pesakit baharu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala seorang pesakit masing-masing dalam kategori tiga dan empat. Tidak ada pesakit direkodkan dalam kategori lima.


utusanborneo.com.my/2022/04/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054231 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list