CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan negeri pandang serius kes pelajar belasah rakan sekolah

[Copy link]
Post time 28-4-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode

VIDEO tular memaparkan kejadian pelajar lelaki dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Langkawi. FOTO TULAR

Langkawi: Kerajaan negeri memandang serius kejadian sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di sini, membelasah seorang rakan sekolah mereka semalam, yang videonya tular di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Datuk Najmi Ahmad berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku terutamanya ketika Ramadan ini.

"Ia bukan budaya masyarakat Melayu yang penuh kelembutan kerana dalam video ada suara ketawa apabila melihat mangsa dipukul beramai-beramai.

"Saya akan bincang perkara ini bersama Pengarah Pendidikan negeri untuk pastikan perkara sama tidak berulang di sekolah lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Najmi berkata, semua pihak terutama sekolah, guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sepatutnya sentiasa peka bagi menangani kes seperti ini.

"Pelajar yang masih bersekolah perlu didik supaya mereka lebih memahami keburukan membuli dan melakukan perbuatan ganas, lebih-lebih lagi di dalam kawasan sekolah.

"

Mereka seharusnya berpuasa, bukan sahaja puasa makan tetapi juga perlu puasa kaki, puasa tangan dan menghormati bulan Ramadan," katanya.

Terdahulu media melaporkan, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan sekurang-kurang lapan pelajar mengepung, menumbuk, menendang, memijak dan menghentak kepala serorang pelajar lelaki dengan meja.

Video berdurasi 25 saat itu tular di WhatsApp dan Facebook sejak awal pagi hari ini sekali gus mendapat kecaman warganet dan meluahkan kekesalan berhubung kejadian itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lasah-rakan-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.219226 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list