CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 8

"Tak Reti Nak Cakap Move On, Padahal Dah 9 Bulan Sarah Tiada,"-Shuib

[Copy link]
Post time 28-4-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Shuib masih sukar nak move walaupun dah sembilan bulan arwah Sarah meninggal dunia.


Memetik OhBulan, Shuib kata luaran diri nampak kuat namun hakikatnya dia masih terluka dengan kehilangan arwah.


Perasaan itu ada pasang surut bagaimanapun dia yakin satu hari nanti keadaan akan kembali pulih.




Foto: IG




"Turun naik itu ada… Ada masa kita kuat, bangun pagi rasa best ja. Saya tak reti nak cakap move on tu macam mana. Padahal dah sembilan bulan.


"Macam waktu saya balik kampung haritu. Dada rasa lapang dan happy tengok anak-anak berpuasa di sana. Dalam masa sama, saya ajak juga kawan-kawan di Kuala Lumpur untuk turut bersama.


"Semuanya okey, semuanya happy. Tapi bila saya balik semula ke sini, langkah ke pintu rumah, dia jadi auto ingat pada arwah. Semua datang macam mana hari pertama (kehilangan) dulu.


"Mungkin begitulah.. Ada masa okey, ada masa tak okey. Bila kita teringat dekat dia, kita sedekahkan Al-Fatihah dan mengaji untuk dia. Jadi, hadap saja, insya-Allah mesti okey nanti."




  



Shuib juga risau akan terus hanyut dibawa perasaan sedangkan dia masih ada tanggungjawab dengan empat orang cahaya mata yang masih kecil.


"Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa..takut terlarut dalam rindu. Sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh.


Tanggungjawab saya pada mereka besar. Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak."




  



Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.


Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia tujuh bulan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 01:30 PM | Show all posts
dh 7 bulan dh bongsu tu.. al fatihah buat siti sarah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 01:44 PM | Show all posts
hmm kan aku dah ckp..lepas lopa, syuk, pastu soeb...pusing2 la 3 org ni punya cerita tiap hari tiap minggu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:11 PM | Show all posts
kucingitam replied at 28-4-2022 01:44 PM
hmm kan aku dah ckp..lepas lopa, syuk, pastu soeb...pusing2 la 3 org ni punya cerita tiap hari tiap  ...

baik buat forum baru nama SYULOEB je..

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
@makadek meh masuk sini mehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung ib.
Tau2 dah jadi duta panadol
Diary daddy katenye tp iols x selera nk tgok lol

Alfatihah buat sarah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 9 bulan ib...baru sangat lagi
Sampai bila ib tak reti nak move on..
Kalau dah 9 tahun ib masih cakap tak reti nak move on..tu wa salute sama lu...
Jumpa yg berkenan...nikah je lah ib..
Sementara belum jumpa tu..jaga betul2 anak2 Sarah yg 4 orang tu...kesian budak2 tu..tiba2 ilang mak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
So now adakah soeb rasa menyesallll sbb ms covid hari tu dia merayap ke hulu hilir sana sini di saat Pkp tgh ketat ms tu.so heshe balik rumah bawak kobid utk anak bini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 07:08 PM | Show all posts
Apa apa aja la Soeb..kawen aja..pastu bukak buku baru...pedulik kan apa orng nak kata....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.882290 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list