CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1069|Reply: 4

Tak Ada Duit Bayar Ambulans, Tukang Kebun Bawa Mayat Anak Naik Motor Sejauh 90km

[Copy link]
Post time 28-4-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Seorang bapa terpaksa membawa pulang mayat anak lelakinya yang berusia 10 tahun menggunakan motosikal, selepas tidak mempunyai wang untuk membiayai kos ambulans.


Lebih menyayat hati, si bapa terpaksa menunggang motosikal sejauh kira-kira 90 kilometer (km) dari hospital untuk tiba ke kampungnya.


Kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu di Andhra Pradesh, India.




Foto: India.com




Difahamkan anak lelakinya yang bernama Jaswa, 10, dimasukkan ke hospital untuk rawatan masalah hati dan disahkan meninggal dunia pada Isnin.


Menurut The Times of India, pemandu ambulans di hospital itu didakwa meminta wang berjumlah Rs 20,000 (RM1,140) daripada Narsimhulu untuk menghantar mayat anaknya pulang ke kampung.


Bagaimanapun lelaki berkenaan tidak mempunyai wang yang mencukupi memandangkan hanya bekerja sebagai tukang kebun.


Narsimhulu kemudian meminta jasa baik majikannya untuk mengatur sebuah ambulans swasta namun berdepan masalah sama.


Tidak mempunyai pilihan lain, dia terpaksa membawa pulang mayat anaknya menggunakan motosikal.


Selepas video insiden itu tular di media sosial, pentadbiran daerah mengarahkan siasatan dilakukan berhubung perkara tersebut. -CARI


Sumber: mStar Online/ India.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian depa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:22 AM | Show all posts
Allahuakbar kesiannya dorang ni..ambulan hospital gomen x de subsidi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau memang suka bukak benang indon & uttar pradesh kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:57 AM | Show all posts
Tak Yindon, Yindia, tak Yindon, Yindia.....kau ada crush dengan warga sana ke nok?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054295 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list