View: 1275|Reply: 6
|
Zamani Minta Peminat Jangan Risau Tengok Badan Senget Dan Bengkok- "Okay Je, Bukan Kronik, Nyanyian Tak Terjejas"
[Copy link]
|
|
Pengurus Zamani Slam, Aalan Ahmad memaklumkan penyanyi itu berada dalam keadaan sihat dan boleh menjayakan persembahan seperti biasa.
Aalan berkata, Zamani tidak berhadapan masalah kesihatan yang kronik kecuali keadaan fizikalnya yang semakin 'senget' kerana penyakit skoliosis.
Foto: IG
"Dia tiada masalah sebenarnya. Kepada peminat jangan risau kerana Zamani sekarang sedang buat rawatan untuk tulang belakangnya. Dia terharu dengan mereka yang prihatin dengan keadaannya dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.
"Zamani juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat melayani panggilan mereka," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia dihubungi ramai pihak sebaik video persembahan Zamani ketika menjayakan persembahan pada majlis Berbuka Puasa 'Buffet Rustic' bersama Zamani Slam di Bangi Avenue Convention Centre pada 23 April lalu tular di media sosial.
"Tak dinafikan ramai pihak terutamanya penganjur yang sudah memeterai perjanjian untuk mengambil Zamani menyanyi mahu tahu situasi terkini Zamani.
"Mereka risau dia akan tarik diri atau gagal buat persembahan sedangkan dia boleh bekerja macam biasa. Nyanyian Zamani pun tak terjejas.
"Seperti saya katakan, dia sihat untuk bekerja. Malah dia berkali-kali minta saya beritahu peminat agar jangan risaukan keadaannya," katanya.
Terdahulu, video tular keadaan penyanyi berusia 51 tahun itu yang menjayakan persembahan dalam keadaan 'bengkok' yang dikongsi oleh satu portal hiburan mendapat perhatian peminat yang melahirkan perasaan simpati terhadapnya.
Sebelum itu ketika menjayakan Konsert Mentari Muncul Lagi di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu, Zamani sempat bergurau dengan penonton yang melihat keadaannya bagi meredakan kerisauan mereka.
"Terima kasih kerana setia bersama saya, dalam keadaan saya 'straight' ke atau 'bengkok'," katanya kepada 1500 penonton yang hadir menyaksikan konsert terbabit.
Penyanyi yang meledak dengan barisan lagu popular antaranya Gerimis Mengumdang, Kembali Terjalin dan banyak lagi ini pernah memberitahu berdepan risiko lumpuh sekiranya menjalani pembedahan penyakit yang dialami sejak beberapa tahun lalu.
Penyakit yang dialaminya juga membuatkan Zamani terpaksa duduk setiap kali membuat persembahan untuk peminat. b
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysiaku prihatin..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
oh zamani yang hot satu ketika dulu..semoga baik2 aja |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la ko sihat, orang yg tengok ko xsampai hati mudah kesian... ohhh kesiannnn.. kata abam rafi. |
|
|
|
|
|
|
|
minat je ngn dia ni, suara maintain |
|
|
|
|
|
|
|
Yang berbonjol kat pinggang tu beg ke apa? Kesian plak tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
msel replied at 27-4-2022 04:34 PM
Yang berbonjol kat pinggang tu beg ke apa? Kesian plak tgk.
Yg Bonjol tu dia sorok nasi arab chef Ammar
Tak sempat mkn..nk nyanyi ...sorok situ..punyeee sedap..bau jek baru tp Zamani dah senget senget teruja aaaaa ok |
|
|
|
|
|
|
| |
|