CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 3

Penduduk Shanghai Menderita Dikurung- Harga Makanan Melonjak, RM266 Hanya Untuk Soda Dan Mi Segera

[Copy link]
Post time 26-4-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Seorang penduduk Shanghai dikenali sebagai Ma berkata, dia membayar 400 yuan (RM266) hanya untuk mendapatkan mi segera dan soda.


"Saya hanya mencubanya sebagai persediaan. Saya tidak yakin berapa lama ini akan berlanjutan," katanya.


Sebahagian besar daripada 25 juta penduduk Shanghai diarahkan berkurung di rumah dan marah kerana kekurangan makanan selain ditempatkan di pusat kuarantin mega jika positif Covid-19.




Foto: Serambi




"Tidak ada sesiapa yang berani bersuara, semua diam dan menghormati jarak dan privasi satu sama lain," kata penduduk lain bernama Romeo kepada AFP.


Untuk pekerja lain di Shanghai, privasi sangat terhad.


Video di media sosial menunjukkan kakitangan tidur di katil dengan ditutup kain untuk terus menjual barangan mereka.


Shanghai kini menjadi ibu kota yang sunyi kecuali suara robot anjing dan dron yang menyiarkan perintah untuk ujian Covid-19.


Pemilik anjing tidak dapat berjalan dengan haiwan peliharaan mereka dan diharuskan melatih anjing mereka menggunakan baki pasir dalam ruangan atau menyelinap keluar di tengah malam supaya haiwan itu dapat membuang air.


"Saya melatih anjing saya untuk buang air kecil dan buang air besar di dalam, tetapi supaya mental saya stabil dan anjing saya juga waras, saya membawanya keluar pada jam 3 pagi," kata salah seorang pemilik.


Shanghai mengenakan perintah berkurung selama lebih 30 hari, sesetengah kawasan masih melaporkan kes baharu, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan strategi dilaksanakan China.


Di media sosial, orang ramai berjuang menentang penapisan kandungan untuk berkongsi video enam minit bertajuk 'Suara April' iaitu montaj rakaman suara sepanjang penularan pandemik di Shanghai.


Orang ramai mengimbau kembali kemarahan yang tercetus di media sosial dua tahun lalu, selepas kematian seorang doktor yang ditegur polis kerana berkongsi maklumat palsu mengenai jangkitan baharu SARS di Wuhan pada akhir 2019.


"Dr Li, selepas dua tahun tiada apa yang berubah, kami masih tidak boleh membuka mulut, masih tidak boleh bercakap," kata seorang pengguna Weibo. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 10:45 AM | Show all posts
manakala di sini
meriah sopink sana sini eehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:10 AM | Show all posts
epal_putih replied at 26-4-2022 10:45 AM
manakala di sini
meriah sopink sana sini eehehhee

sabar coming soon

u think all is over?

kita dah mene
victry victry

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Cina dan Jepun memang menjadi contoh dalam dunia ini dalam bab mentaati tolol amri secara membabi-tuli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.356910 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list