CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1005|Reply: 1

"10 Bintang Saya Bagi Akak" - Akak RELA Baling Kayu, Hempuk Kereta Langgar Lampu Merah

[Copy link]
Post time 26-4-2022 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Twitter Malaysia Most Viral




Seperti sedia maklum, terlalu ramai pemandu mementingkan diri sendiri di Malaysia sehingga mereka tidak memikirkan keselamatan orang awam terutamanya pelajar sekolah.


Hal ini menyebabkan anggota beruniform seperti RELA terpaksa bertindak 'kasar' untuk memberi kesedaran kepada pemandu yang tidak beretika supaya lebih bertanggungjawab dan sedar akan kesalahan yang dibuat.


Baru-baru ini viral satu video yang dimuatnaik oleh akaun Malaysia Most Viral di Tiktok yang menunjukkan pemandu kereta yang degil tidak mahu berhenti di lampu isyarat merah di zebra crossing.






Menerusi video itu, tindakan pemandu yang melanggar lampu isyarat merah telah menyebabkan seorang petugas RELA membaling kayu ke arah kenderaan berkenaan yang terus meluncur laju tanpa mempedulikan keselamatan pelajar sekolah di situ.


Perbuatan pemandu kereta itu sangat biadap kerana pada ketika itu ramai pelajar sekolah sedang bersedia untuk melintas jalan. Jika tidak berhati-hati, pasti akan ada pelajar yang dilanggar.


Untuk pengetahuan semua, dua tahun yang lepas pernah terjadi kes di mana seorang pelajar sekolah dilanggar pemandu tidak beretika di lokasi sama. Hal ini menyebabkan ramai netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu biadap itu.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen  mempertahankan perbuatan akak RELA itu yang dianggap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.




Sumber: Twitter Malaysia Most Viral






Sudah terang tidak perlu disuluh lagi kerana tindakan merbahaya yang dilakukan pemandu itu telah menyusahkan orang lain dan boleh cederakan pelajar sekolah. - CARI






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 04:16 PM | Show all posts
kenapa xbaling lori tu dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.565072 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list