CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85719|Reply: 2498

KAMI PEMINAT HAFIZ ~VILLA 67~ Salam Lebaran Uolls....Maaf Zahir & Batin!

 Close [Copy link]
Post time 14-9-2010 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Along_XX at 15-9-2010 18:10























Ya Allah,Ya Tuhan kami,kami bermohon kepada-Mu hindarkan kami dari keburukan hasad dengki dan iri hati...berikanlah kami jiwa yang bersih dan suci... Berikan kami kesepakatan dan kesefahaman dalam Menunaikan tugas sebagai hamba-Mu...Dan Ya Allah,kami juga bermohon,lancarkanlah perjalanan perjuangan Mohd Hafiz bin Suip, hindari beliau dari perkara-perkara yang tak sanggup kami lihat dan berikanlah beliau ketabahan dalam menempuh cabaran sebagai anak seni......
Amin....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2010 11:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Along_XX at 15-9-2010 13:40




Muat turun Masih Jelas (Hafiz)
Caller Ringtone: Dail *131*137344# & hantar
True tone: GET<jarak>116907983 & hantar ke 32323
Video: GET 109800145 & hantar ke 32323

Muat turun Awan Nano (Hafiz)
Caller Ringtone: (Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*139193# & hantar
True tone: GET<jarak> 116908191 & hantar ke 32323

Muat turun Ku Akui (Hafiz)
Caller Ringtone: (Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*139196# & hantar
True tone: GET<jarak> 116908192 & hantar ke 32323

Muat turun Noktah Cinta (Hafiz)
Caller Ringtone: (Utk pelanggan Maxis Shj): Dail Dail *131*139198# & hantar
True tone: GET<jarak> 116908193 & hantar ke 32323

Muat turun Watak (Hafiz)
Caller Ringtone: (Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*139200# & hantar
True tone: GET<jarak> 116908194 & hantar ke 32323

MUAT TURUN HAFIZ - NOKTAH CINTA

(dari single & MV)

caller ringtone (maxis sahaja) : Dial *131*139190# & hantar ke 29000
video : GET<jarak>10338660 & hantar ke 29000



MUAT TURUN LAGU RAYA - HANYA KERANA CINTA

CRT MAXIS : Maxis: *131*183219#



MUAT TURUN LAGU RAYA - SALAM LEBARAN

CRT Maxis : Dail *131*184393#
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2010 11:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Along_XX at 15-9-2010 13:42



REQUEST LAGU-LAGU HAFIZ @ RADIO



PESANAN PENAJA!!

   
SUDAHKAH ANDA MENJALANKAN TANGGUNGJAWABANDASEBAGAI PEMINAT HAFIZ YG PALING HAPPENING DAN HOT SEKALI DENGANMEMBUATREQUEST AND MENGUNDI LAGU NOKTAH CINTA DI SETIAP STESEN RADIODIMALAYSIA?? JIKA BELUM SILA LAKUKANNYA SEKARANG!!!!

1. ERAPDE Noktah Cinta, Tajuk Lagu 2 send to 32555,
2. HM Noktah Cinta, Tajuk Lagu 2, Tajuk Lagu 3 send to 33399
3. SURIA 30 HAFIZ AF7 send to 33080
4. MUZIK A send to 32776 <------Pls check kedudukan lagu NC di carta MuzikFM
5. KLFM HITS M05 send to 32728  <------Pls check kod lagu NC
6. carta masih send to 32776 <------Pls check kod lagu NC
7. PMT Nama Anda, Noktah Cinta send to 32555


LINK UNTUK VOTE/REQUEST NC & AN

Undi Online Muzik-Muzik (20 undian sahaja utk satu PC) kalo byk PC leh undi byk2.....
http://www.tv3.com.my/muzikmuzik/

Muzik fm
http://www.muzikfm.com.my/pilihan.php
http://kafemuzik.blogspot.com/
http://muzik-10.blogspot.com/

Era fm
http://www.era.fm/program/pilihanmu/default.asp
http://www.era.fm/program/c30/default.asp (kat bahagian cadangan lagu dimasukkan dalam carta)

Hot fm
http://www.hotfm.com.my/hotfm_korner.asp

Suria fm
http://suriafm.com.my/html/request_suria.aspx (dah boleh request guna web...tapi kat field NO KLIK tu letak la no tel ikut format yg diberi)

Klfm
http://www.kl.fm/

KONTI KLfm
Undi 2 buah lagu pilihan anda
Setiap Isnin dan Selasa ( slot undian carta Klfm ) 3 hingga 4 petang
Cara: KLFM<jarak> 2 KOD LAGU>hantar ke 32728

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2010 11:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Along_XX at 15-9-2010 17:57


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2010 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Along_XX at 15-9-2010 17:52








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2010 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Along_XX at 15-9-2010 14:39


Hafiz teruja rakam lagu

Oleh Norhayati Nordin

2010/09/13

BERGELAR juara Akademi Fantasia (AF) adalah tuah buat mereka. Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, juara musim ketujuh manakala Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 22, pula kelapan. Namun aura Shahir dilihat lebih besar berbanding Hafiz.:re::re:




  

Ini gara-gara peminat fanatik yang berminat dengan perwatakan Islamik Shahir yang juga graduan Diploma Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sehubungan itu, tidakkah Hafiz berasa tergugat dengan kemunculan Shahir? Berpegang pada rezeki adalah ketentuan Allah swt, Hafiz berkata, dia tak pernah sedikit pun berasa tergugat dengan kehadiran Shahir kerana beranggapan semua juara AF memiliki aura tersendiri.

Bermula dengan Vince pada musim pertama, Zahid (kedua), Mawi (ketiga), Faizal (keempat), Mila (kelima) dan Stacy (keenam).

“Vince boleh dianggap pemecah tradisi kerana dia juara bukan Melayu pertama dipilih penonton AF.

Zahid pula vokalnya mantap.

Begitu juga, Mawi yang mencetuskan fenomena.

Faizal menjadi kebanggaan Terengganu.

Mila, juara wanita pertama dan Stacy semakin popular.

“Jadi, penonton memilih kami semua sebagai juara AF berdasarkan tahap bakat yang ditonjolkan.

Justeru, saya sangat yakin dengan kemampuan diri. Malah, jika benar Shahir memiliki ramai peminat, itu adalah rezekinya. Saya pula terus berusaha.

“Apapun, saya bersyukur kerana peminat masih setia memberikan sokongan.

Selain menyanyi, saya juga meraih peluang berlakon teater Kita The Muzikal.

Ia sangat menyeronokkan dan memberi saya banyak pengalaman yang berharga.  “Tambahan pula, saya masih baru sebagai artis.

Pengalaman yang dikumpul pun sedikit dan banyak lagi kekurangan perlu diperbaiki.

Bagaimanapun, saya gembira lagu single Masih Jelas dan Noktah Cinta di terima baik.

Saya akan muncul dengan single ketiga, Awan Nano pula,” katanya.  

Hafiz menambah, dia teruja dapat menyanyikan lagu Awan Nano itu kerana ia hasil ciptaan komposer M Nasir dan lirik ditulis Budi Hekhayat.

Katanya, sebagai peminat M Nasir, dia tidak sangka impian untuk menyanyikan lagu idolanya itu menjadi kenyataan.  

Meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Kuching, Sarawak, Hafiz berkata, M Nasir juga diminati bapanya.

Justeru, bapanya orang paling gembira apabila dimaklumkan mengenainya.

Bapa juga berpesan supaya buat yang terbaik.  

“Saya harap lagu Awan Nano akan diterima peminat.

Ingin juga saya tegaskan, semua juara AF ada kualiti tersendiri.

Tiada yang terlalu bagus atau kurang kerana semuanya berdasarkan usaha.

Jika lebih berusaha, kejayaan pasti dalam genggaman,” katanya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenangan Aidilfitri buat 20 artis

Oleh Zubir Mohd Yunus
2010/09/12




PERASAAN teruja, terkejut dan tergamam bercampur baur apabila 20 artis popular menerima undangan bertandang ke rumah agam milik Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Bukit Antarabangsa, Selangor, sekali gus memeriahkan lagi sambutan majlis rumah terbukanya sempena kedatangan Aidilfitri. Memang sukar menolak pelawaan daripada penghibur kesayangan ramai itu walaupun artis kita sentiasa padat dengan jadual seni.

Justeru, buat kali pertama Siti bersama suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sudi menjadi tuan rumah meraikan rakan artis yang rata-ratanya baru kali pertama menjejakkan kaki mereka ke mahligai indah berharga jutaan ringgit itu. yang penting, selain menikmati juadah, mereka dapat bersalaman serta bermaaf-maafan.

Sekalipun dihimpit dengan jadual kerja yang padat, ditambah pula dengan kemunculan produk terbaru SimplySiti, Gold Edition yang harus dipromosikan, selain meraikan Syawal bersama keluarga dalam lingkup waktu yang terhad, namun Siti dan suaminya atau lebih mesra disapa Datuk K itu, melemparkan senyuman, menghulur tangan menyambut kehadiran Mawi dan isterinya Ekin, Fara Fauzana serta Faizal Ismail dari HotFM, selain Nabil Raja Lawak yang membuatkan tetamu lain tak kering gusi dengan telatahnya yang kerap memanggil Datuk K sebagai Abang!


Apabila 20 artis berhimpun di meja makan, pelbagai gelagat dapat disaksikan apabila ada yang rela makan sambil berdiri asal saja mereka dapat menjamu selera bersama Siti dan Khalid. Namun, bagi Aizat, Shahir AF8, Iqram Dinzly, Linda Onn dan Ana Raffali, mereka sedia mengalah untuk menikmati juadah Aidilfitri dalam suasana lebih ‘aman’ apabila kebanyakan rakan mereka seorang demi seorang beransur ke ruang tamu.

Saat yang ditunggu teman artis apabila Siti mengundang mereka yang masih solo supaya berbaris di depannya untuk menerima duit raya! Sekalipun kelihatan malu-malu, namun bagi Black Mentor, Adira AF8, Hafiz AF7, Zizi The Fabulous Cats, Adeline Tsen (Hotel Mania) dan Miera Liyana (heroin baru filem Apokalis), dilihat manja mencium tangan Siti sebelum menerima bahagian masing-masing. Fara Fauzana dianggap paling pemalu apabila dia menjadi orang terakhir menerima ‘habuannya’. [wahhh...untungnyer Hafiz dapat duit raya drpd Dtk. CT....hehe.... ]

Tidak ketinggalan menjadi tetamu istimewa Siti pada majlis rumah terbukanya itu ialah Intan Ladyana, Fahrin Ahmad, Dira Abu Zahar, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam yang kelihatan anggun bergaya apabila melaram dengan baju raya masing-masing.

Rata-rata artis yang ditemui melahirkan perasaan gembira apabila melihat sendiri bagaimana mesranya Siti bersama suami melayan tetamu dengan sikap rendah diri mereka, walhal kedua-duanya boleh dianggap sebagai role model industri hiburan negara. Senyuman tidak pernah lekang di bibir Siti mahupun Khalid walaupun tampak letih melayan permintaan kebanyakan rakan artis yang bertali arus ingin bergambar bersama mereka.

Ternyata Syawal kali ini menjadi kenangan terindah kepada 20 artis yang diundang khusus untuk bersama Siti dan suami meraikan Aidilfitri mereka!


* Tajaan makanan & hiasan bunga segar: Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur, Jalan Raja laut, Kuala Lumpur (03 2693 9233)
* Terima kasih: Pengurus Residen, Hidzhir Abdul Hamid
* Lokasi: Kediaman Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
* Terima kasih: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
* Pakaian Siti Nurhaliza: Rizman Ruzaini (017 476 6004)
* Solekan Siti Nurhaliza: Nurul Shukor (012 286 2286)
* Pakaian Iqram: Lat’s Collections, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur
* Pakaian Hafiz & Shahir: Jedan’s Collections (018 203 6838)
* Pakaian & solekan Adira: Jue Eden (013 230 3027)
* Pakaian Linda Onn: AKF Classic Boutique (017 736 6030)
* Solekan Linda Onn: Syaheeda
* Pakaian Ana Raffali: Ariff Shukor (017 380 6014)
* Solekan Ana Raffali: Masz Zahari (017 323 1916)
* Pakaian Zizi The Fabulous Cats: Mimpi Kita, Bangsar, Kuala Lumpur
* Pakaian Intan Ladyana: Old Blossom Box
* Pakaian Fara Fauzana & Faizal Ismail: Jedan’s Collections (018 203 6838)
* Pakaian Adeline Tsen: Secret Collection








   
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2010 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Along_XX at 15-9-2010 18:07


KDA2 Shooting
Date: 1-30 Sept












Melodi Raya 2 (TV3)
Date: 19 Sept 2010
Time: 12.30noon

Konsert Reunion AF8 (RIA)
Date: 10 Oct 2010
Time : 8:00pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2010 11:17 PM | Show all posts
Welcome sumer peminat hafiz ke villa hafiz no 67......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 11:26 PM | Show all posts
masukkkk
thanks along buat villa baru
jom geng kph....seranggggggggggggggggggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:44 PM | Show all posts
patutlah tunggu kat villa 66 dah xde org..kat sini rupanya..

thanks long...buatkan villa yg ke67...{:1_147:}
nak secawan {:1_144:}, upah ko buat villa baru..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:45 PM | Show all posts
Welcome sumer peminat hafiz ke villa hafiz no 67......
Along_XX Post at 14-9-2010 23:17


thank you long....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:47 PM | Show all posts
masukkkk
thanks along buat villa baru
jom geng kph....seranggggggggggggggggggggggggg ...
ilah Post at 14-9-2010 23:26


mok berperang siney tok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:52 PM | Show all posts
beperang ngan KP*
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:53 PM | Show all posts
manggis da ssh ati nun ktk 2 d5 majuk ngan apiz....bait ktk pujuk esok madu ktk hokkey....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:53 PM | Show all posts
ok...jum tidusss
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:55 PM | Show all posts
manggis da ssh ati nun ktk 2 d5 majuk ngan apiz....bait ktk pujuk esok madu ktk hokkey....:lovelines ...
ilah Post at 14-9-2010 23:53


aihhh..ney ada mek 2 merajuk ngan apiz...apa nak dirajuk mek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 11:58 PM | Show all posts
ok...jum tidusss
ilah Post at 14-9-2010 23:53


ok..good nite ilah...jumpa lagi..
assalamualikum
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 08:23 AM | Show all posts
Seronok beraya di desa

Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2010/09/15


HAFIZ (kiri) dan Shahir.



Dua juara AF sambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta

SAAT ini, dua bintang Akademi Fantasia (AF), Ahmad Shahir Zawawi, 22 dan Mohd Hafiz Mohd Suip, 20, sudah mampu tersenyum lebar apabila harapan untuk berkumpul bersama seisi keluarga di kampung halaman masing-masing pada lebaran ini dimakbulkan.


Wajah lembut datuk nenek serta pandangan syahdu ayah bonda tatkala bersalaman memohon ampun pada pagi 1 Syawal masih berbekas di ingatan, malah keriuhan seisi rumah berhimpun dengan senda gurau adik-beradik dan sepupu membuatkan sambutan hari kemenangan lebih bermakna.


Bagi juara AF8 yang mesra disapa Shahir, kepulangan ke desa tercinta di Kampar, Perak sempena Syawal ini diibaratkan hadiah paling berharga. Amat difahami kerana selepas meraih gelaran bintang sekitar April lalu, dia tidak pernah berkesempatan untuk bercuti panjang.

Bukan mengeluh malah bersyukur apabila dirinya terus meraih perhatian ramai biarpun masih terlalu hijau di arena seni, namun kerinduan terhadap keluarga tidak mampu dibendung disebabkan hambatan jadual kerjaya harian yang perlu dipenuhi.

“Bagi saya, Syawal tidak bermakna jika tanpa keluarga di sisi. Boleh dikatakan sejak kecil hingga zaman menuntut di universiti, saya seboleh-bolehnya balik ke kampung sebelum malam raya. Kemeriahan Syawal berganda sehari sebelumnya, apabila kami semua menyediakan segala persiapan dari memasak hingga menghias rumah.

“Tahun ini saya dapat pulang pada petang sebelum 1 Syawal sekali gus berkesempatan membantu ayah membakar lemang selain menjadi pembantu khas ibu memasang langsir dan membersihkan rumah. Walaupun penat, ia cukup menyeronokkan,” katanya yang mengambil cuti selama seminggu.

Pulang ke Gopeng bertemu datuk dan nenek serta sanak-saudara terdekat menjadi acara wajib pada pagi raya. Kali ini pastinya pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu tidak ketinggalan menghulur duit raya kepada adik serta sepupu kerana kini dia sudah mampu memegang duit sendiri.

“Syukur tahun ini, dengan rezeki yang ada saya dapat menggembirakan keluarga saya. Buat ibu bapa, saya lebih suka menyerahkan duit belanja kerana mereka lebih tahu mana yang perlu didahulukan. Keceriaan mereka sudah cukup menjadi hadiah buat diri ini,” kata penggemar tat nas dan sejenis kuih tradisional, Kelamai itu.

Teman seperjuangan, Hafiz yang juga juara AF musim tujuh turut tidak mampu menyembunyikan keseronokan dapat pulang ke Kuching, Sarawak tiga hari lebih awal sekali gus membolehkannya meronda keliling kampung bertemu kawan lama dan saudara mara.

Berhari raya selama 10 hari di desa tercinta umpama percutian lima bintang buat penyanyi lagu Masih Jelas itu apatah lagi dapat menjamah juadah tradisional negeri Bumi Kenyalang termasuk Laksa Sarawak, Umai serta apa saja masakan hasil air tangan ibunya, Halizawati Mohd Salleh.

“Sebagai anak sulung, saya memang rapat dengan ibu, justeru kami saling berhubungan di telefon biarpun dipisahkan lautan. Perhatian ibu terhadap kami adik-beradik tidak pernah berkurang walau sedetik pun biarpun semuanya semakin dewasa.

“Adik-adik juga ternanti-nanti kepulangan saya pada Aidilfitri ini malah sejak minggu pertama puasa lagi mereka sudah bertanya bila saya mahu pulang ke kampung. Kiranya cuti 10 hari ini umpama ‘balas dendam’ hendak bermanja puas-puas dengan ibu,” kata anak pertama daripada tiga bersaudara itu sambil ketawa.

Apa pun, dua bintang muda yang mempunyai visi sama - menempa tempat di arena seni suara - bakal sibuk semula sebaik saja tempoh bulan madu bersama keluarga tamat pertengahan Syawal ini memandangkan sudah berderet susunan program menanti.



PROFIL

Hafiz:

Nama Penuh: Mohd Hafiz bin Mohd Suip
Tarikh Lahir: 27 Februari 1990
Asal: Kuching, Sarawak
Status: Bujang
Tinggi: 170 sm
Berat: 68 kg
Hobi: Memancing
Penyanyi Idola: Faizal Tahir
Adik-beradik: Sulung daripada tiga beradik
Profesion: Penyanyi
Album: Masih Jelas

Shahir:

Nama Penuh: Ahmad Shahir Zawawi
Tarikh Lahir: 5 September 1988
Tempat Lahir: Hospital Besar, Ipoh Perak
Asal: Kampar, Perak
Tinggi: 168 sm
Berat: 65 kg
Status: Bujang
Adik Beradik: Sulung daripada lima beradik
Pekerjaan: Pelajar Pusat Asasi UIA, Penyanyi
Pendidikan Tertinggi: Diploma (Kejuruteraan)
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:55 AM | Show all posts
salam delima & warga KPH

thanks delima tepek artikel....2 kali dah dua juara digandingkan kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2010 01:22 PM | Show all posts
salam and good morning sumer peminat hafizzzzzzzzzzzzzzzz!!!

hari kedua bermalas-malasan.....hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.095592 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list