Pelakon popular Elly Mazlein sangat terkenal dengan perangai lucunya. Pelakon ini juga dikenali sebagai Kak Lina Pompom sejak dia berlakon dalam drama Kampung People yang membuatkan ramai geli hati.
Nama selebriti Zara Zya pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Zara sangat dikenali dengan perangainya yang 'gila-gila' dalam kaca televisyen dan juga di luar. Personaliti kedua-dua selebriti ini sentiasa membuatkan peminat mereka tidak kering gusi menahan tawa.
Jadi, apabila Elly Mazlein dan Zara Zya sama-sama bergabung dalam satu rancangan, Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom, ramai peminat terhibur dengan gelagat selebriti ini.
Menerusi video dari rancangan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom yang dikongsikan pengguna Tiktok @bunga_kembang0, kelihatan Elly tiba-tiba terlupa menu makanan yang akan dimasak pada hari itu.
"Hari ini menu kita ialah salad telur hancur, bukan muka yang hancur tapi telur"
Ayat spontan yang disebut Elly membuatkan Zara Zya tidak dapat menahan tawanya sehinggakan dia tergelak lalu mengeluarkan bunyi 'berdengkur' yang menyebabkan ramai peminat terus ketawa.
Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai peminat selebriti ini terhibur melihat gelagat mereka berdua. Ada juga yang mengatakan mereka mengulang video itu beberapa kali.
Lucu kan mereka berdua? - CARI |