CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 3

Bukan Sebab Covid-19, Trend Guru Bersara Awal Dikesan Sejak 2017 Lagi

[Copy link]
Post time 25-4-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pendidikan menolak pandangan sesetengah pihak kononnya ramai guru bersara awal disebabkan tekanan kuat berkait perubahan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh pandemik Covid-19.


Menteri Kanannya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebaliknya menjelaskan, aliran tersebut sudah mula pun dikesan bertambah tinggi seawal pada 2017 lalu dan berterusan hingga kini.


“Data yang kita ada menunjukkan pola trend ramai guru bersara awal itu telah lama wujud sejak 2017 dan sepanjang tahun tersebut, penyakit Covid-19 pun belum ada lagi muncul di dunia.




Kredit foto: Utusan




“Coraknya kemudian didapati kekal sama pada tahun berikutnya pula sehingga sekarang dengan jumlah angka bersara awal hampir menyamai kadar guru yang bersara wajib,” jelasnya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Generational Endgame Antirokok (GEGAR-18) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra di sini.


Terdahulu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada 24 Mac lalu mendakwa antara punca isu tersebut menyebabkan ramai guru semakin ‘tawar hati’ untuk mengajar.


Golongan pendidik sekarang dibebankan tugas berat yang bukan sahaja mengajar, tetapi, perlu menjaga ramai murid dengan pelbagai masalah lain selain tekanan tinggi daripada masyarakat sendiri.


Ketika ini, terdapat seramai 416,743 guru melibatkan 10,220 buah sekolah dari peringkat rendah dan menengah di seluruh negara dengan bilangan murid berjumlah 4,987,401 orang.


Mengulas lebih lanjut, Mohd. Radzi berkata, pihak kementeriannya masih lagi memperincikan punca trend guru yang bersara awal sebelum data diumumkan kepada pengetahuan umum.


“Insya-Allah, ia akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan dari situ kita boleh menjelaskan faktor penyebab ramai berhenti sebelum capai usia wajib persaraan 60 tahun,” tambah beliau.


Justeru, beliau meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang andaian mengenai trend tersebut kerana ada pelbagai punca yang mungkin tidak dikenal pasti secara lebih mendalam.


Sehubungan itu, hasil kajian mengenai pola trend tersebut akan dijadikan panduan kepada pihak kementerian untuk merangka strategi perancangan sumber manusia yang lebih holistik.


Ini ujarnya, termasuk mengenal pasti sebarang kelemahan dari segi prasarana, beban tugas, suasana pengajaran dan sebagainya bagi menambah baik kerjaya perguruan akan datang.


Data itu juga katanya akan dijadikan rujukan dalam proses pembuatan dasar pengambilan guru baharu supaya keperluan tenaganya seimbang dengan nisbah murid yang sepatutnya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Gasaklaa pencen awai pung.. kpm amik ajelaa guru baru tuu.. penyapu baru weiii.. aku ni penyapu lame.. ok bye bye kpm
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 09:26 AM | Show all posts
Hari2 hadap toksik pelirtik

sebelum sakit jantung high blood etc

baik cabottt
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 03:18 PM | Show all posts
pepatah askar beret ungu : DATANGMU TIDAK DIUNDANG, PERGIMU TIDAK DIHALANG..
pergi lah, pencen la, berhenti lah semahumu.. mungkin itu yang terbaik untuk mu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.045492 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list