View: 657|Reply: 2
|
Tak Sempat Buka Puasa- Lelaki Bakar Rumah, Biar Mak Ayah Dan Dua Adik Rentung Dalam Bilik Berkunci
[Copy link]
|
|
RIYADH – Polis wilayah Qatif, di timur Arab Saudi menangkap seorang penduduk tempatan yang mencurah minyak petrol dan membakar rumahnya sehingga mengakibatkan empat ahli keluarganya terbunuh, lapor akhbar Saudi Gazette.
Menurut polis, tindakan undang-undang diambil terhadap lelaki berkenaan.
Suspek kata polis, juga telah dirujuk kepada pendakwa raya.
Foto: Saudi Gazette
Siasatan awal mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine (syabu).
Kejadian tragis itu berlaku pada Khamis lalu apabila sebuah rumah di bandar Safwa, wilayah Qatif terbakar menjelang waktu berbuka puasa.
Kebakaran itu mengakibatkan kematian ibu bapa suspek dan masing-masing seorang adik lelaki dan seorang adik perempuannya. Api berjaya dipadamkan oleh Pasukan Keselamatan Awam, manakala suspek ditahan untuk siasatan.
Suspek ialah seorang lelaki berusia 20 tahun dan merupakan ahli keluarga kepada empat manga yang terkorban.
Maklumat mendapati dia bertindak mengurung semua ahli keluarganya di dalam sebuah bilik dan menghalang mereka melarikan diri termasuk mengunci bilik itu daripada luar.
Lelaki itu tidak mengendahkan rayuan mangsa ketika kejadian. Badan empat mangsa tersebut didapati rentung. Motif kejadian masih dalam siasatan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ada harapan kena pancung mamat ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas satu minggu lepas sudah hilang itu rasa baran sure menyesal tak berkesudahan.
Tindakan si mental ni on impulse. |
|
|
|
|
|
|
| |
|