CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 703|Reply: 5

Panjang Nyawa, 20 Minit Berpaut Pada Pintu Pesawat Terbuka

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Rakaman detik cemas dua penumpang terpaksa memegang pintu pesawat yang terbuka hampir 20 minit tular di media sosial.


Insiden di Brazil itu menunjukkan dua lelaki memegang pintu sambil rakan penumpang lain yang ketakutan memandang ke luar tingkap.








Portal Metro UK melaporkan mereka berpaut di pintu itu selama 20 minit sehingga pesawat mendarat dengan selamat.


Laporan menyatakan kabel sokongan patah menjadi penyebab kemalangan mengejutkan itu.


Pesawat jenis Embraer 110 Bandeirante kebiasaannya boleh membawa antara 15 dan 21 penumpang.


Pesawat itu berlepas jam 12.30 tengah hari dengan 12 penumpang dari perbandaran Jordao ke Rio Branco, di utara Brazil, Selasa lalu.


Beberapa penumpang melaporkan mendengar bunyi 'pelik' selepas pesawat berlepas.


Tidak lama kemudian pintu di bahagian kiri pesawat tiba-tiba terbuka dan tercabut menyebabkan udara memasuki pesawat.


Pemegang pintu terhayun ke kipas pada enjin di kiri pesawat.


Dua lelaki dilihat dapat memegang pintu itu dan menutupnya.


Sementara itu, juruterbang pesawat itu menyahaktifkan enjin terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.


Dia berjaya memandu pesawat ke pendaratan yang selamat.


Tiada kecederaan dilaporkan di atas kapal.


Seorang penumpang, yang tidak mahu namanya disebut memberitahu Gessta: "Saya rasa mereka menahan pintu selama 20 minit."




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 12:46 PM | Show all posts
boleh buat movie dah nanti..confirm trauma nak naik lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:49 PM | Show all posts
kenapa tajuk dengan isi lain2?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:32 PM | Show all posts
aku terbayang macam dalam movie masa dorang tarik balik nak tutup pintu tu

rambut 'berkibar2'

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:44 PM | Show all posts
Menakutkan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nengok siri air crash investigation lg mcm2 cita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.291140 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list