View: 2100|Reply: 8
|
Selesai Rawatan Ketagihan Dadah, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie Luang Masa Dengan Anak Di Lokasi Rahsia
[Copy link]
|
|
Aktres Indonesia yang terkenal dengan sinetron Bawang Putih Bawang Merah iaitu Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama tiga orang anaknya di lokasi yang dirahsiakan.
Hal itu dijelaskan oleh peguam yang mewakili Nia iaitu Nur Zainab menyatakan pelakon tersebut tidak pulang ke rumah selepas selesai menjalani rawatan pemulihan ketagihan dadah.
"Ya, mereka berkumpul dengan keluarga menjalani ibadah Ramadan bersama-sama di sebuah lokasi private," katanya yang enggan mendedahkan tempat tersebut.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjaya lakonan Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani, kata peguam itu, aktres terbabit sudah bersedia untuk kembali ke dunia hiburan.
"Menurut kenyataan daripada keluarga terdekatnya, Nia sudah sembuh dan bersedia untuk berdepan dengan orang ramai. Dia juga sedia untuk kembali ke dunia hiburan.
"Dapat dilihat keadaan dirinya dalam perbicaraan baru-baru ini. Dia dalam keadaan baik," kata Nur Zainab.
Imbas kembali, Nia ditahan pihak polis bersama suami dan pemandu mereka pada Julai tahun lalu. Mahkamah memutuskan agar ketiga-tiga mereka dipenjarakan.
Bagaimanapun, keputusan rayuan membebaskan pelakon tersebut dan memerintahkannya untuk menjalani proses pemulihan bermula dari tarikh tangkapan. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prince_marhaen at 25-4-2022 10:57 AM
Ohhh tak kena masuk penjara ye si Siska ni... sian ek...lawa, kaya raya pun terjebak mendadih...lama-lama nanti tingtong pulak. Meols tengok dia, teringat si Fattttyah ex-bff anju tu...masa kena tangkap ya ampun sembab habis ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Kt law indo status Sheolss dan husben ni pengguna dadah je so tak masuk penjara + mertua sheolss mesti ada pakai power diorang tuk buat diorang free
Tpi happy la tengok dia dah balik rumah lagi jumpa anak2 dia. Kesian anak2 dia kena jaga sama maid dan bodyguard je
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bagus laa berubah.. anak2 pun kecik2 lagi. tapi tu laa dah kurus gittew dah tak bape nk cun dah. kaya pun tapi laki bini trjebak dgn benda bkn2 pun tak guna juga. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ke yg selalu keluar headline berjaya pecahkan telur, tak tahu sayur kena simpan dalam peti ais dan sebagainya tu? i konfius dia dengan sorang lagi yg bukak tudung |
|
|
|
|
|
|
|
hanihan16 replied at 26-4-2022 02:38 PM
dia ni ke yg selalu keluar headline berjaya pecahkan telur, tak tahu sayur kena simpan dalam peti ai ...
aah dia la tu.x kenal tempe, x pandai kupas buah salak., x pandai kupas buah rambutan, mangga. untung le mertua bagi org gaji kt family dia. |
|
|
|
|
|
|
|
duit byk sgt smpai dah xtau nk beli mkn apa..dadah gak yg dia decide utk cekik. moga insaff |
|
|
|
|
|
|
|
"alya.. kamu itu mmg orangnya yang amat bussuq ya alya..!!!!" - siska |
|
|
|
|
|
|
|
hanihan16 replied at 26-4-2022 02:38 PM
dia ni ke yg selalu keluar headline berjaya pecahkan telur, tak tahu sayur kena simpan dalam peti ai ...
Logik je dia x tau semua benda tu sbb sibuk mendadih..tgk je aktiviti dia..bertiktok je keje nye.. tp mata dia mcm something je....tp biasa la org kaya raya kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|