View: 738|Reply: 5
|
Puasa, Raya Buat Tajul Lebih Terkenang Arwah Abangnya, Achik Spin
[Copy link]
|
|
Walaupun insan yang disayangi sudah lama pergi menghadap Ilahi namun rasa rindu terhadap arwah tidak akan pernah padam dan akan terus dikenang hingga akhirnya hayat.
Begitu jugalah yang dirasakan oleh penyanyi Tajul yang mengakui teringat abangnya, Allahyarham Abdillah Md Shari atau Achik Spin setiap kali menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
"Hubungan kami semua adik-beradik sangat rapat. Apabila tiba waktu puasa dan raya, automatik memang akan teringat-ingat semua yang sudah tiada.
"Ayah pergi dulu kemudian arwah Achik pula. Sudah dua orang yang pergi meninggalkan kami buat selamanya tetapi saya reda," katanya kepada Media Hiburan.
Penyanyi berusia 24 tahun itu tidak menafikan bahawa masa yang diluangkan bersama arwah abangnya agak singkat kerana Allahyarham Achik meninggal dunia ketika Tajul masih kecil.
Malahan, pada ketika itu, arwah jarang pulang ke rumah kerana sibuk dengan jadual seninya yang boleh dikatakan agak padat.
Bagaimanapun, pemergian Achik tetap memberikan impak besar buat Tajul. Ketiadaannya sehingga kini masih terasa.
"Ketika saya masih kecil, saya memang rapat dengannya. Cuma masa saya darjah tiga atau empat, kami jarang dapat luangkan masa bersama-sama, jarang dapat jumpa.
"Dia sibuk bekerja jadi arwah jarang balik rumah. Selalunya akan dapat jumpa masa bulan puasa atau raya sahaja," katanya yang berkongsi perkara itu di Majlis Berbuka Puasa FMC baru-baru ini.
Terdahulu, Achik yang juga vokalis kumpulan Spin meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan jalan raya di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badannya. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 achik ada jenguk tak? Tanya je. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau naik xperlu tunggang nama arwah, xleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cerita tu je lah yang kau carry daripada dulu sampai sekarang...nak harap bakat macam haus jugak, attitude hancur, perangai rempit kampung.... bawak nama arwah jelah sampai bila-bila untuk kekal relevan... yihhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
taun2 up cerita benda yg sama..tajul2 |
|
|
|
|
|
|
|
tajul ni kisah dia mesti nak kait dengan arwah achik eh? kalau ko tak sebut arwah achik memang orang tak kenal ko kan dik |
|
|
|
|
|
|
| |
|