CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3157|Reply: 34

[Tempatan] Kanak-kanak perempuan maut cuba tahan kereta mengundur

[Copy link]
Post time 24-4-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perempuan maut cuba tahan kereta mengundur
Izad Thaqif Hassan
[email protected]

Baling: Malang buat seorang kanak-kanak perempuan apabila dia maut digilis kereta ketika cuba menghentikan kenderaan terbabit yang mengundur selepas dia melepaskan brek tangan ketika bermain dalam kenderaan itu bersama adiknya di rumah mereka di Kampung Keledang, Kuala Ketil, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa Aisyah Amani Amirrudin, 10, murid Sekolah Kebangsaan Tawar terperosok bawah Proton Wira merah milik keluarga dalam keadaan tubuhnya membongkok ke tanah.

Kejadian menyayatkan hati itu berlaku di hadapan dua kakak, adik lelaki dan juga bapa saudaranya yang ketika itu bertungkus lumus cuba membantu mengeluarkan mangsa untuk menyelamatkannya.

Bagaimanapun, tuhan lebih menyayangi kanak-kanak terbabit apabila dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat pendarahan di kepala selain tulang tengkorak patah kerana digilis kereta berkenaan.

Sumber berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik tinggal di rumah terbabit bersama bapa, bapa saudara dan nenek.

Katanya, bapa dan nenek mangsa tiada di rumah dan ketika itu hanya ada dua kakak berusia 15 serta 12 tahun, adik lelaki berusia tujuh tahun dan bapa saudaranya yang berusia 29 tahun serta masih bujang dalam rumah terbabit.

"Mangsa ketika itu sedang bermain bersama adik lelakinya di luar rumah manakala kakak sulung sedang mengulang kaji pelajaran dan kakak kedua pula sedang tidur di ruang tamu.

"Bapa saudara mangsa yang bekerja sebagai pemandu ambulans sebuah syarikat swasta pula sedang bersiap dan baru selesai mandi untuk ke tempat kerja," katanya.

Menurutnya, kejadian mangsa terperosok bawah kereta itu hanya disedari dua kakaknya selepas mendengar jeritan adik lelaki dan mereka terus meluru keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Adik bongsu menunjukkan mangsa di bahagian belakang kereta dan melihatkan kejadian itu semua tiga beradik berkenaan menjerit meminta tolong bapa saudara yang berada dalam rumah.

"Bapa saudara yang meluru keluar melihat tiga beradik berkenaan berusaha mengeluarkan mangsa di bahagian belakang bawah kereta sebelum lelaki terbabit menggunakan kudratnya menolak kereta ke hadapan dan berjaya menarik mangsa keluar," katanya.

Menurutnya, tanpa berlengah bapa saudaranya terus membawa kanak-kanak itu ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani menggunakan ambulans milik syarikat namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

"Hasil siasatan awal, adik bongsu mereka mendakwa kakaknya itu masuk dalam kereta dan bermain di tempat pemandu sebelum dia menurunkan brek tangan membuatkan kereta berkenaan mengundur.

"Kanak-kanak itu juga mendakwa kakaknya yang panik terus berlari keluar ke belakang kerana mahu menahan kereta daripada terus bergerak sebelum dilanggar dan terperosok bawah kenderaan terbabit," katanya.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati tempat parkir kereta itu agak bercerun dan berbukit.

"Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat dan pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan di belakang leher dan kepala.

"Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Disiarkan pada: April 24, 2022 @ 11:18am

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhu tragisnya...dah nk dkt raya ni mcm2 berlaku kat kanak2 kat kedah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..semoga keluarga adik tu tabah..benda tak terduga
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pintu kete mmg xberkunci ke
Ermmm alahai!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Detail ya reporting gini. Bagus
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Syurga buatmu nak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 24-4-2022 11:45 AM
Detail ya reporting gini. Bagus

Aah reporter yg ini bagus. Semua dicerita keadaan geografi, keberadaan ahli keluarga etc...sedihnya. sure trauma adik beradik yg lain .
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:58 AM | Show all posts
sedihnya...mcm crita yg jins samsudin berlakon tu pulak..tp yg tu dia reverse kreta tak prasan terlanggar anak sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga adik ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun selalu mcm ni lupa nak kunci pintu kereta tapi nsb baikla aku takde anak.

Apepun takziah kepada keluarga mangsa semoga bertabah dgn dugaan ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"there's car in the kitchen"-Michelle Tanner.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 24-4-2022 11:58 AM
sedihnya...mcm crita yg jins samsudin berlakon tu pulak..tp yg tu dia reverse kreta tak prasan terla ...

idok la..lbh kpd 'Stephanie drives the car into the kitchen'.-
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:27 PM | Show all posts
Allahu..besar anak aku.
Mesti dia panik kereta bergerak
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Penatnya baca berita ni, detail benar dan berulang2 sampai kan bapa saudara yg masih bujang pun dilaporkan, wartawan baru lepas SPM ka, tak dak org edit ka
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:56 PM | Show all posts
damsel_fiji replied at 24-4-2022 11:58 AM
sedihnya...mcm crita yg jins samsudin berlakon tu pulak..tp yg tu dia reverse kreta tak prasan terla ...

Filem tiada esok bagimu ke bukan? Banyak sangat tajuk esok. Sampai buta mata ayahnya xhenti menangis.
Mungkin budak ni panik bila keta undur sendiri, tu yg dia cuba tahan keta.. Dah ajal, lagi berapa hari nak raya dik.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 01:13 PM | Show all posts
annehuda replied at 24-4-2022 12:10 PM
Aku pun selalu mcm ni lupa nak kunci pintu kereta tapi nsb baikla aku takde anak.

Apepun takziah k ...

PPRT nya kereta sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 24-4-2022 11:53 AM
Aah reporter yg ini bagus. Semua dicerita keadaan geografi, keberadaan ahli keluarga etc...sedihny ...

Bapa sedara basah baru lps mandi pun citer.

Semoga shurga buat mu nak. Mak kamu mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 02:57 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Takziah kepada keluarga anak ini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 03:07 PM | Show all posts
Kalau terpaksa tinggalkan keter auto with the engine running and people it it, please make sure lever at P bukan N.

Kalau dekat N, tersinggul sikit dia boleh pergi ke D or R - a disaster waiting to happen.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-4-2022 01:13 PM
PPRT nya kereta sis

Myvi cabuk jah uols
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.261139 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list