CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 0

Deria dengar si kecil

[Copy link]
Post time 23-4-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Deria dengar si kecil


LEBIH awal bayi dan kanak-kanak yang kehilangan pendengaran mendapatkan rawatan dan intervensi, lebih tinggi kemungkinan untuk mereka mencapai potensi sepenuhnya.

PENDENGARAN adalah salah satu deria yang penting untuk perkembangan bahasa dan pertuturan.

Ia membolehkan seorang itu mendengar, mengesan, membezakan bunyi, menterjemah dan memahami bunyi di persekitaran serta bunyi pertuturan.

Tahukah anda bahawa deria pendengaran juga penting kepada perkembangan bayi?

Sekiranya bayi lahir dengan masalah pendengaran, perkembangan bahasa dan pertuturannya boleh terjejas atau terbantut sama sekali.

Pakar Bedah Otorhinolaryngologi, Kepala dan Leher, Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL, Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad berkata, tempoh kritikal bagi perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak pula adalah sejak lahir sehingga usia empat tahun yang pertama.

Untuk itu kata Dr Tengku Ezulia, ujian saringan pendengaran dilakukan kepada bayi yang baru lahir bagi mengenal pasti sebarang masalah pendengaran.

Kata beliau, seelok-eloknya, ujian saringan pendengaran dilakukan kepada bayi yang baru lahir sehingga sebelum umur sebulan.

"Ujian diagnostik pendengaran pula perlu dilakukan sebelum bayi berumur tiga bulan dan menyediakan rawatan serta intervensi yang sesuai selewat-lewatnya pada umur enam bulan.

"Ini sejajar dengan saranan Jawatankuasa Bersama mengenai Pendengaran Bayi, 1994," katanya.


UNTUK ujian pendengaran, alat telinga kecil diletakkan di telinga bayi dan bunyi klik lembut dimainkan.

Mengulas lanjut, Dr Tengku Ezulia berkata, terdapat dua jenis ujian saringan pendengaran yang sesuai kepada bayi iaitu ujian automated otoacoustic emission (AOAE) dan ujian automated auditory brainstem response (AABR).

Kata beliau, untuk ujian AOAE, alat telinga kecil diletakkan di telinga bayi dan bunyi klik lembut dimainkan.

"Untuk ujian AABR pula, tiga penderia kecil akan diletakkan di kepala dan leher manakala fon kepala diletakkan di telinga bayi dan kemudian bunyi klik lembut dimainkan.

"Sekiranya gagal dalam ujian saringan pendengaran itu, bayi perlu dirujuk untuk ujian diagnostik pendengaran," katanya.

Jelas Dr Tengku Ezulia lagi, sebaiknya ujian saringan pendengaran dilakukan sebelum usia bayi berusia sebulan.

Ujian diagnostik pendengaran pula kata Dr Tengku Ezulia, perlu dilakukan sebelum bayi berusia tiga bulan sekiranya gagal ujian saringan pendengaran.

Tambah beliau, ada beberapa perkara yang boleh meningkatkan kemungkinan bayi mengalami kehilangan pendengaran dan gagal ujian pendengaran.

Antaranya disebabkan faktor genetik, terutama bayi yang mempunyai ahli keluarga yang turut mengalami kehilangan pendengaran.

"Ada juga bayi yang mengalami masalah kehilangan pendengaran genetik kerana mempunyai sindrom lain contohnya sindrom Down atau sindrom Usher.


DR Tengku Ezulia

"Selain itu, ia juga dikaitkan dengan jangkitan virus ketika ibu mengandung, contohnya herpes simpleks dan rubella," katanya.

Dalam pada itu, Dr Tengku Ezulia berkata, komplikasi selepas kelahiran contohnya kekurangan oksigen atau trauma kepala juga berisiko meningkatkan kemungkinan bayi mengalami kehilangan pendengaran dan gagal ujian pendengaran.

"Masalah kehilangan pendengaran juga boleh disebabkan seseorang bayi itu dirawat selama lima hari atau lebih di unit rawatan rapi neonatal (NICU) hospital atau mengalami komplikasi ketika berada di NICU.

"Ia juga boleh berlaku disebabkan bayi memerlukan prosedur khas seperti pemindahan darah untuk merawat penyakit kuning (neonatal jaundice) yang teruk.

"Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada gangguan neurologi yang berkaitan dengan kehilangan pendengaran dan jangkitan di sekitar otak serta saraf tunjang iaitu meningitis," katanya.

Dalam pada itu, gagal ujian saringan pendengaran tidak boleh dianggap remeh oleh ibu bapa kerana ia berkemungkinan membawa petanda kepada pelbagai masalah kesihatan lain.


FAKTOR genetik, terutama bayi yang mempunyai ahli keluarga yang turut mengalami kehilangan pendengaran.

Jelas Dr Tengku Ezulia, ia mungkin menunjukkan bayi mengalami masalah lain seperti sindrom, masalah atau jangkitan pada otak atau saraf tunjang, masalah neurologi, penyakit kuning dan sebagainya.

Kata beliau, kehilangan pendengaran 'pra lingual' itu biasanya berlaku sebelum kanak-kanak belajar bercakap.

Justeru, pendengaran memainkan peranan penting untuk bayi dan kanak-kanak belajar bercakap.

"Tanpa pertuturan dan pendengaran, tentunya sukar bagi seseorang kanak-kanak untuk mengembangkan perhubungan antara personal kerana limitasi dari segi komunikasi dan kemahiran bahasa.

"Untuk kesan jangka panjang, ia juga boleh memberi impak negatif kepada pencapaian akademik dan perkembangan sosial emosi kanak-kanak terbabit," katanya.

Sementara itu, Dr Tengku Ezulia berkata, kehilangan pendengaran boleh menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk bertutur, mengembangkan bahasa, kemahiran sosial dan pencapaian akademik.

Sekiranya ibu bapa mengesyaki anak mempunyai masalah pendengaran, segera rujuk pakar otorinolaringologi untuk langkah seterusnya.

"Ini kerana lebih awal bayi dan kanak-kanak yang kehilangan pendengaran mendapatkan rawatan dan intervensi, lebih tinggi kemungkinan untuk mereka mencapai potensi sepenuhnya," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2022/04/835028/deria-dengar-si-kecil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064426 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list