CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 5

Azira Shafinaz Tak Kisah Kahwin Dengan Duda, Sharnaaz Ke?

[Copy link]
Post time 22-4-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Azira Shafinaz tidak pernah jemu menjawab persoalan tentang cinta dan jodoh yang dikaitkan dengan aktor Sharnaaz Ahmad.


Semua itu gara-gara Sharnaaz yang kerap meninggalkan komen beberapa hantaran Instagramnya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, bahkan ada yang mendakwa mereka diam-diam menjalin percintaan.




Foto: IG




Enggan melatah atau memberikan jawapan memulangkan paku bujah keras, Azira sebaliknya kekal tenang. Katanya, hubungan dengan Sharnaaz tidak lebih daripada sebagai sahabat seindustri.


“Saya tiada benda pun nak cerita sebab memang kami tiada apa-apa hubungan sebab hanya kawan.


“Mungkin orang di luar sana suka padan-padankan kami. Selagi tiada perkataan ‘ya’ keluar daripada mulut saya, memang kami cuma kawan. Saya sendiri pun tak mampu nak tutup mulut orang,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.




  



Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan , 31, berkata demikian selepas majlis sidang media filem lakonannya iaitu Bunga dan Kayu di The Chateu, Bukit Tinggi, Pahang kelmarin.


Ditanya sama ada Sharnaaz memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, anggota kumpulan Defam itu memberitahu dia mementingkan sifat kesefahaman antara satu sama lain.




  



“Saya tak pasti tentang ciri-ciri pada Sharnaaz tetapi saya jenis mementingkan seorang yang boleh bertoleransi dan memahami diri ini seadanya.


“Itu saja yang saya minta sebab kalau terlalu memilih nanti, sampai bila-bila pun tak kahwin. Apapun semuanya kuasa Allah SWT,” ujarnya.


Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama Seribu Rindu itu juga menjelaskan tidak memandang status seorang lelaki yang hendak dijadikan sebagai seorang suami.




  



Termasuklah sama ada dia menerima seorang lelaki berstatus duda seperti Sharnaaz untuk dijadikan teman hidup.


“Saya bukan jenis melihat status, yang penting dia boleh serasi dan menerima diri serta keluarga saya seadanya.


“Jadi saya okey sahaja untuk menerima seorang lelaki sebegitu, bukan sahaja Sharnaaz,” katanya lagi.




  



Sejak tahun lalu, khabar angin mengenai hubungan cinta antara dia dengan pelakon filem Jebat itu bertiup kencang dalam media sosial selepas Sharnaaz kerap meninggalkan komen dalam Instagram Azira.


Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut dan sehingga kini menjelaskan hubungan mereka hanya sebagai kawan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 09:30 AM | Show all posts
badan dia ni cam belon kejap kurus kejap tembam..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:31 PM | Show all posts
dia ni tak sesuai pakai seluar, sebab jenis kaki kontot, badan panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:33 PM | Show all posts
eww,,,nenas tu nampak kepam..jambang selekeh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Azira ni muka busuk jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-5-2022 05:02 PM
Azira ni muka busuk jah

Your partner sengsara selama ini ngadap muka busuk ko...memendam rasa...ko sedar tak?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080319 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list