CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

Kapten MU Terima Ancaman Bom Di Rumah

[Copy link]
Post time 22-4-2022 01:39 AM | Show all posts |Read mode
Anjing pengesan dan sebilangan besar pegawai dihantar ke rumah pemain pertahanan Manchester United dan England, Harry Maguire selepas menerima ancaman bom.


Polis Cheshire menggeledah rumah pemain itu di Alderley Edge selepas beliau menerima e-mel berupa ancaman yang mengatakan bahawa bom dipasang di rumahnya.


Maguire menetap bersama tunangnya, Fern Hawkins yang mempunyai dua anak perempuan.




Kredit foto: IG Maguire




Memetik keratan The Sun, kapten Manchester United dan England, 29, dikatakan berada dalam keadaan takut dan amat terkejut.


Menurut jurucakap Maguire, dia telah melaporkan perkara itu kepada polis yang kini sedang menyiasat perkara tersebut.


“Keselamatan keluarganya dan orang di sekelilingnya jelas menjadi keutamaan nombor satu Harry”


“Dia akan terus membuat persiapan untuk perlawanan hujung minggu ini seperti biasa dan kami tidak akan mengulas lebih lanjut buat masa ini.” ujarnya.


Walaupun hal ini bukan perkara baharu bagi pemain Manchester United menerima ancaman, polis memandang serius perkara tersebut dan siasatan masih dijalankan.


Hal ini berkemungkinan terjadi kerana prestasi Maguire merosot musim ini serta berdepan kritikan hebat daripada penyokong, dengan ramai yang menggesa dia dilucutkan dari menjadi kapten.


Pada malam Selasa, prestasi pemain pertahanan itu dikatakan teruk berikutan kekalahan 0-4  Manchester United kepada Liverpool di Anfield, yang menyaksikan penyokong The Red Devils bertindak meninggalkan stadium lebih awal sebelum wisel penamat ditiup.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.541166 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list