CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Sabah] Tahan Kanak-Kanak Jalanan Di Kota Kinabalu, Kata ADUN

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:10 AM | Show all posts |Read mode


Gambar dua kanak-kanak meletakkan skru di atas jalan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

KOTA KINABALU: ADUN Api-api, Christina Liew meminta pihak berkuasa menahan kanak-kanak jalanan dipercayai warga asing yang bertindak semakin melampau di sekitar bandar itu.

Ketua PKR Sabah itu meminta pihak berkuasa menghantar kanak-kanak terbabit pulang ke negara asal bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan.

Ini kerana, katanya, kanak-kanak jalanan itu bukan saja meminta sedekah daripada pengguna jalan raya, malah mereka turut meletakkan skru di atas jalan.


Christina Liew.

Beliau berkata, tindakan kanak-kanak terbabit tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.

“Perbuatan mereka ini bukan saja menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya apabila meletak skru di atas jalan raya.

“Mereka juga dilihat mengacau pengguna jalan raya dengan meminta sedekah setiap kali kenderaan berhenti di lampu isyarat.

“Tolong atasi masalah ini, mereka mungkin kanak-kanak jalanan pada hari ini, tapi tidak mustahil esok mereka akan jadi penjenayah dan menimbulkan kegusaran orang awam pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan. – FMT


sabahpost.net/2022/04/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.451467 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list