CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1543|Reply: 0

[Cinta] Cium pasangan empat minit baik untuk gigi

[Copy link]
Post time 21-4-2022 10:41 PM | Show all posts |Read mode

Aktiviti ciuman menghasilkan air liur yang boleh membasuh bakteria dalam mulut. - Pearl Dental Studio

Cium pasangan empat minit baik untuk gigi

LONDON – Seorang doktor gigi di Britain menyatakan bahawa perbuatan mencium pasangan sama ada suami atau isteri selama empat minit, dapat memberi kebaikan kepada gigi sama seperti memberusnya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Ciuman meningkatkan pengeluaran air liur, menghapuskan  bakteria jahat dan meneutralkan asid punca gigi reput.

Pakar Ortodontik berkenaan, Dr. Khaled Kasem berkata,  orang ramai perlu mencium pasangan mereka selama empat minit sehari selain memberus gigi dan melakukan aktiviti flos gigi.

“Faedah utama ciuman ialah ia menghasilkan lebih banyak air liur di dalam mulut anda.

“Air liur meneutralkan asid yang terdapat pada gigi dan membantu mengurangkan risiko anda mendapat kerosakan gigi. Ia juga menghapuskan bakteria dan mengurangkan plak gigi yang degil,” kata Khaled.

Faedah kesihatan lain yang diperoleh daripada aktiviti tersebut, katanya, termasuk melegakan tekanan dan penampilan yang lebih muda hasil gerakan otot muka.

Namun aktiviti itu hanya digalakkan jika kedua-dua suami dan isteri memiliki rekod pergigian yang baik.

“Satu-satunya kesan negatif ciuman adalah apabila orang itu sakit, mengalami kudis atau mempunyai kebersihan mulut yang tidak baik,” jelas Khaled. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... it-baik-untuk-gigi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052866 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list