Kelibat pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tidak kelihatan dalam beberapa hantaran gambar yang dimuat naik isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya, hari ini.
Menerusi perkongsian itu, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Melihat di ruangan Instagram Story miliknya, Sarah juga dilihat hanya mengambil foto bersama ibu mentuanya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.
Foto: IG
Sarah yang mengenakan jubah serba putih berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur.
"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.
"Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur," katanya.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.-CARI
Post time 21-4-2022 05:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin dah jumpa kat rumah kot, or buat call ke video call ke kan. Mestilah dah bermaaf maafan nak ke sana. Sarah pon dah ckp org luar hanya tahu luaran je. Apa pon semoga di permudahkan segala urusan semasa umrah dan segala amal ibadat & doa diangkat & di terima oleh Allah. Kuat eh dia bulan puasa lg bawak dua org anak. Takkan dia sorg je. Time iolss pergi akhir bulan 2 ritu dah panas dah kat mekah. 1st day kat mekah sampai mlm bertolak dari madinah terus buat umrah sampai 3 pagi. Esoknya lepas solat subuh duduk kat luar masjid tu tunggu mak ayah, punyalah panas time tu tak larat dah. Last terus balik hotel makan panadol rehat kat bilik. Terlepas solat jumaat kat sana hmm
Post time 21-4-2022 08:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 21-4-2022 07:07 PM
Family mertua dia yang sibuk pi hantar. Sayang menantu. Ni la kot sebab Sarah tu belum mahu bercerai ...
ye uolss..tu yg masih bertahan dlm masa 4 thun..walaupn hati dia sakit...mental torture..cume baru2 ni mmg meletup sbb si sol masih tak brubah & tak hrgai dia..huhuhuhu..semoga sarah buat pilihan yg terbaik...