View: 7225|Reply: 46
|
"Dulu Memang Tak Nak Besar Cerita Dia Anak Saya,"-Halim Othman Reda Myra Berbinti Abdullah
[Copy link]
|
|
"Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing."
Itulah penjelasan pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, berhubung identiti anak tunggalnya juga pelakon serta pengacara, Myra Natasya Abdullah yang tidak berbintikan nama Halim.
Menurut Halim, dia bersama bekas isteri, tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak duduk sebumbung dan segala urusan anak dibuat oleh ibunya.
Foto: Harian Metro
"Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.
"Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi 'complicated' dan dia akan terganggu," katanya kepada Harian Metro.
Halim berkata, Myra memang dijaga sepenuhnya oleh ibunya, Yusnita sejak mereka berpisah.
Katanya lagi, disebabkan sibuk dengan kerjaya pada 1996 dan 1997, maka urusan perceraian dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 selepas Myra berusia tiga tahun.
Ditanya juga mengenai rasa kesalnya, Halim berkata itu memang tidak dapat dinafikan kerana melihat anak sendiri yang berbintikan Abdullah dan pada mulanya, dia memang berasa kurang selesa dan tak berpuas hati.
"Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.
"Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.
"Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang 'move on' untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik," katanya.
Mengulas juga mengenai komen netizen, Halim berkata dia gembira dan kagum apabila secara keseluruhannya kisah Myra diterima baik oleh orang ramai.
Katanya, walaupun ada segelintir netizen yang membuat spekulasi, tak mengapa sebab semua orang ada hak atas pandangan sendiri.
"Saya terima semua komen yang baik-baik ditulis itu. Saya juga tak marah dengan komen yang sebaliknya daripada netizen. Begitu juga dengan penjelasan saya ini, terpulanglah kepada mereka nak terima atau mahu fikir apa. Terserah," katanya.
Terdahulu, Harian Metro mendedahkan Myra juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republik Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun 'dirahsiakan'.
Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Reda anak kau binti Abdullah. Lepas tu nanti anak tu nak nikah susahkan dia pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab kau bodoh la jadik camni Halim. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi
Bongok gila
Masalahnya anak ko nnt la
Sedangkan dia.bukan anak tak sah taraf kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tp 4 thn jugak bertahan. Klau 3 bulan mcm mak wan tu i faham la |
|
|
|
|
|
|
|
Menyampah pula dengan HO ni.. Masih acah2 hot tak sedar dah sendu.. Nanti tumpang populariti anak pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi sekor ...berentilah bercakap mengenainya.sblm ni takde sapa yg tanya,korek dan peduli pun.pihak anak ko yg beriy-iya |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kt anak...anak tu dah le pompuan...buat le sesuatu HO oii |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nikah Thailand in the first place
Kalau kat Vegas kita faham tgh mabuk tetiba gi kawen bangun tido ada laki bini sah
Ni Thailand??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ahhhh pulakkkk
Dah2 laaa HO |
|
|
|
|
|
|
|
Makin bercakap makin org panjang2kan hal ni. Tak pasal2 kang org suruh tunjuk surat nikah dan surat cerai made in thailand tu. Gali kubur sendiri namanya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah... awak tu lelaki, benih sendiri, nak redha2 apanya? Ni pasal nasab, gigihnya acah victim |
|
|
|
|
|
|
|
Knp kahwin kat thailand.. Kita kasi putarrrr dulu halim |
|
|
|
|
|
|
|
Moyangkucing replied at 21-4-2022 04:23 PM
Boleh caya ke ni?
Ade pengai mcm ni kat Malaysia ni, salah satu nye ialah x abg ipar meols.. kes mcm ni gak.. terhegeh2 nak daftar evntho anak dah besar pjg .. tp daftar lah juga.. tu ler ni kes sbb gatai nak berbini byk.. kawen guna sindiket pehtu kena bongkar ngn sis in law meols masak kena turun naik court .. padahal anak dah besar. Nasiblah dia tu x celebs kalu x mau dia buat bodo gak agaknye redha bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni nnt myra nk kawin, kira dia ni blh jd wali ke tak? Nt harta pusaka etc nama mira ni masuk ke dlm faraid? Pening weh kisah ko ni lim.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal susah nak percaya? |
|
|
|
|
|
|
|
Harta bapak pun tak boleh jadi pusaka melainkan hibah, angkara binti Abdullah, nikah lagi la sangat. Kalau family future mil boleh terima ok lagi kalau tak boleh terima. Kesian anak perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Takdelah susah sangat kalau tahu memang confirm tak sah. Tambah isi satu dua borang je
Yang susah tu kalau berbin binti si polan tapi si polannya entah ke mana. nak minta wali hakim kena pergi mahkamah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kena sahkan sijil perkahwinan dan perceraian thai dia dulu.
kalau tak nak buat, wali hakim je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|