CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 951|Reply: 6

Jual Makanan Rosak, Ikan Busuk- Pasar Raya Simpan Stok Makanan Bersama Longgokan Tahi Kering

[Copy link]
Post time 21-4-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode
JASIN: Sebuah gudang pasar raya di sini diarahkan tutup serta-merta selepas dikesan menyimpan stok bekalan makanan bersama longgokan najis haiwan yang dibiarkan kering dan menjijikkan.


Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi tadi, pasar raya tersebut turut dikesan menyimpan ayam dan ikan busuk yang dibekukan, selain makanan telah tamat tarikh luput pada 2018.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, serbuan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dilakukan selepas mendapat aduan daripada penduduk berhubung kualiti dan kebersihan produk dijual.




Foto: Utusan Online




Katanya, hasil pemeriksaan, kesemua pegawai penguat kuasa JKN turut terkejut dengan penemuan longgokan najis haiwan dipercayai kucing, selain ayam dan ikan busuk yang disimpan di tempat makanan sejuk beku.


“Hari ini kami semua amat terkejut dan kecewa dengan pihak pasar raya ini kerana sanggup menjual pelbagai produk makanan yang rosak serta menyimpan stok bekalan dalam keadaan kotor bersama-sama najis haiwan.


“Kesalahan ini sangat melampau dan kita telah arahkan gudang penyimpanan tersebut ditutup serta-merta sehingga kita berpuas hati dengan tahap kebersihan premis ini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan Op Raya 22 bersama Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rusdi Abd. Rahman.


Muhamad Akmal berkata, kesalahan itu adalah disengajakan pemilik premis kerana najis haiwan itu tidak dibersihkan, sebaliknya hanya dikambus menggunakan beras dan dibiarkan kering.


“Kesalahan ini tiada kompromi, kita akan ambil tindakan serius dan setakat ini sebanyak tiga kompaun bernilai RM9,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis. Sebanyak 279 barang bernilai RM1,949.79 turut disita atas kesalahan tamat tarikh luput, pelabelan, makanan rosak dan pembungkusan,” jelasnya.


Tambahnya, tindakan itu dibuat mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.


Muhamad Akmal berkata, pasar raya berkenaan telah beroperasi sejak 2014 dan terkenal di kawasan setempat kerana menawarkan harga rendah berbanding pasaran. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 04:52 PM | Show all posts
bila tengok macamni entah apa yg bersih kalau beli makanan di luar ek
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:59 PM | Show all posts
9500 je kompaun?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 05:27 PM | Show all posts
maidin? .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 05:33 PM | Show all posts
Elok periksa sama digudang pasaraya ditempat2 lain sama.  Tak hairan kalau ada je yang sama je situasinya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm kedai2 yg stail borong tu kan..tpaksa bukak news ni pas bbuka sbb geli sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kompaun sikit je? Mohon spesis yg mcm ni kne kompaun tgi dan dipenjarakan juga. Baru bg kesedaran juga kepada peniaga lain. Tindakan tegas peru dilakukan sbb spesis cm diorg ni ramai. Cume xdpt ditangkap. Biar jd miskin kne kompaun. Setakat tutop and kompaun cenggitu Insyallah diorg akan buat lagi tapi lg berhati-hati ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048159 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list