View: 5671|Reply: 83
|
Majikan Kantoi Diskriminasi Gaji! Bangsa Lain Dapat RM1400, Gadis Ini Cuma Dapat RM1000
[Copy link]
|
|
Isu perbezaan bayaran jumlah gaji antara pekerja bagi skop pekerjaan yang sama bukanlah satu masalah baharu disuarakan orang ramai.
Namun masalah ini bagaikan tidak berkesudahan hingga menyebabkan ramai pekerja ditindas oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.
Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya yang berjaya menuntut haknya sebagai pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) setelah mendakwa menjadi mangsa penindasan majikan.
Bercerita lanjut kepada mStar, Fatin Nur Hidayah Ramli, 22, berkata tujuannya mengambil tindakan sedemikian kerana berasa tidak puas hati dengan jumlah gaji pokok yang diterima.
Ujar Fatin bayaran RM1,000 yang diberikan tidak setimpal dengan tempoh bekerja selama 12 jam sehari sepanjang lima bulan dia bekerja di salah satu cawangan kedai menjual gajet dan alatan di Perak.
“Syarikat tu ada banyak cawangan. Kedai dekat Perak dan Johor ni dijaga oleh seorang majikan saja. Saya kerja di cawangan Perak. Kami ada group WhatsApp yang campur semua pekerja dari Johor dan Perak.
“Isu ni bermula apabila ada seorang pekerja cawangan Johor mesej tanya gaji pokok saya, jadi saya jujur saja beritahu RM1,000. Lepas tu dia cakap gaji pokok dia RM1,100. Ketika itu saya dah mula rasa pelik sebab bos kami adalah orang yang sama.
“Saya jumpa pengurus untuk tanya kenapa basic gaji lain. Manager beri alasan dia ikut arahan majikan saja. Dia juga ada cakap yang Johor ni lebih bandar berbanding Perak. Tapi hakikatnya cawangan ni dekat Ipoh, jadi tak boleh pakai alasan tu,” jelas Fatin ketika dihubungi mStar.
Demi mendapatkan jawapan setelah tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, gadis ini mengambil inisiatif untuk menyelidik hal sebenar.
Jelas Fatin yang menetap di Klebang, Ipoh ini, dia cuba mencari iklan yang disebarkan oleh pengurusnya di laman sosial bagi mencari pekerja baharu.
Akhirnya, Fatin telah menjumpai jawapan kepada persoalannya setelah melihat posting jawatan kosong di Facebook.
“Saya jumpa manager buat posting untuk mencari pekerja sebab mereka memang selalu cari staff baharu. Memang dah ramai berhenti kerja pun sebelum ni. Yelah, siapa je tahan dengan gaji macam tu.
“Daripada situ kantoi apabila posting dekat group Facebook kerja kosong Perak tawarkan gaji RM1,000 tapi dekat Johor RM1,100," katanya.
Tambah Fatin, lebih membangkitkan rasa tidak puas hati apabila dia terjumpa satu lagi iklan lain di Facebook dengan tulisan bahasa Cina yang menawarkan gaji minimum RM1,400.
“Tulisan posting tu dalam bahasa Cina jadi saya tekanlah translation. Saya kumpulkan semua bukti sebelum buat aduan dekat jabatan buruh (JTKSM).
"Masa hari gaji, saya tanya semua pekerja yang sama tempat dengan saya berapa mereka dibayar.
"Rupa-rupanya memang jumlah gaji kami berbeza-beza padahal yang dapat RM1,400 tu baru kerja tiga minggu,” jelas Fatin dengan rasa tidak puas hati.
Bercerita lanjut, anak bongsu daripada tiga beradik ini turut berkongsi pengalamannya membuat aduan tersebut di jabatan buruh.
Malah, Fatin berjaya menerima pampasan lebih RM5,000 daripada syarikat tempat dia bekerja itu selepas JTKSM menjalankan siasatan berhubung aduannya.
Gadis ini berjaya menerima pampasan wang berjumlah lebih RM5,000 daripada bekas majikan setelah membuat aduan.
Bagaimanapun Fatin menjelaskan bahawa dia dibuang kerja serta merta oleh pengurus atas arahan majikan setelah syarikat menerima surat daripada jabatan buruh.
"Dulu masa minta kerja dekat situ saya masih naif. Saya letak expected salary RM1,200 tapi pengurus cakap gaji pokok di situ RM1,000 saja.
"Saya pun tak ada tandatangan apa-apa persetujuan kerja atau offer letter masa kerja lima bulan tu. Tapi saya kemukakan slip gaji kepada jabatan buruh sebagai bukti bahawa saya adalah pekerja di sana.
"Lepas surat jabatan buruh sampai kepada syarikat, majikan arahkan manager untuk berhentikan saya. Tapi saya gelakkan manager tu dan ucap terima kasih sebab buang saya tanpa notis, jadi bolehlah tambah aduan kedua kerana dibuang kerja tanpa notis," ujarnya.
Berkenaan video yang tular di TikTok, gadis ini tidak menyangka bahawa ramai warga maya turut mengalami masalah sama.
Ujar Fatin lagi, dia dan bekas majikannya menyelesaikan isu berkenaan di mahkamah.
Fatin akhirnya menarik nafas lega apabila dia menerima pampasan sebanyak RM4364.04 bagi isu tuntutan gaji dan RM1,120 atas kesalahan dibuang kerja tanpa notis. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bulan ramadhan balik awal...masuk sama timing dgn pekerja lain...a good one month...
On a daily basis....solat dhuha setengah jam.....lunch satu jam setengah utk cover zohor sedangkheun pekerja lain sejam......asar setengah jam...kerna kalau nak buat dirumah takkheun sempat kerna nsk hadap jem lagi...kalau kerja ending time 5.30.....
So aku rasa on this alone...justifiable.....gaji 1K instead of 1.4k |
|
|
|
|
|
|
|
pelik aku pompuan djaman now suka gambar ke amik vid jelir2 lidah acamtu |
|
|
|
|
|
|
|
rehat takde... continue work..
|
|
|
|
|
|
|
|
btw iols nak puji keberanian dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Jijoli at 21-4-2022 12:19 PM
Patut yg kena buang tu report polis dulu kendian bawa report tu ke pejabat buruh |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia buat mcm ni. Semoga ramai lg yg report kt majikan hanat x berhati perut. |
|
|
|
|
|
|
|
stingeramdhan replied at 21-4-2022 11:28 AM
Bulan ramadhan balik awal...masuk sama timing dgn pekerja lain...a good one month...
On a daily bas ...
So lelaki xkeluar merokok etc la |
|
|
|
|
|
|
|
stingeramdhan replied at 21-4-2022 11:28 AM
Bulan ramadhan balik awal...masuk sama timing dgn pekerja lain...a good one month...
On a daily bas ...
Sah2 dlm artikel tu ckp dia kerja 12 jam. Kalo yer pun anti malay, xyah lah obvious sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Actually dah berzaman da pekerja cina terutamanye kje retail mmg higher dr bangsa lain..
Guna la alasan pape mandarin speaker utk support prc walaupun customer prc xnah jejak pun kedai tu..
Tp jarang pekerja cina nak stuck kje retail lama2..
Melayu yg korg benci ni lah yg setia walaupun gaji kecik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan perkara baru huhu, tapi adik ni tahu hak dia sedangkan ramai yg diam je dan mampu merempan belakang2 je walaupun jelas2 kena tindas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus. Harap lebih ramai lagi yg bangun menuntut hak |
|
|
|
|
|
|
|
Mende ni dah lama dah jadi bila majikan/bos mata sepet. Yang kaum tu keje Main2, mc bagai, tetap increment byk Dr yg lain, tetap naik pangkat awal dari yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia bertindak dari cakap belakang je..
anyway, gaji minimum sekarang kan rm1,200..
kenapa masih ada majikan bagi kurang? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan benda baru dari dulu lagi ada je kes macam ni sayang tak ada yang berani melapurkan. Ada benarnya ada majikan yang tangga gaji mereka berbeza mengikut kaum bukan sekadar mengukut kelayakan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh tahniah dik..sb tau hak ko |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa majikan cina bagi tinggi kat sama bangsa dengan dia pengalaman etc..sebab gaji yg dia offer Tak der cina pun nk kerja ..baru dia offer lain2. Gaji murah pun ok je kerja ngan cina..kalau kerja ngan melayu dia punya demand ,perangai saja nk mintak ken ketuk |
|
|
|
|
|
|
|
dah berzaman benda berlaku
swasta dpegang chinese memang bayar gaji berbeza
siapa yg keja admin department mmg sakit hati |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bangsa ni jugak yg ckp mereka ditindas di tanah melayu hakikatnya pekerja melayu ditindas mereka.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|