CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 751|Reply: 2

Iesya Toh Tak Pernah Goyah Dengan Bermacam Ugutan

[Copy link]
Post time 20-4-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Pengacara Iesya Toh tidak akan berhenti menyuarakan pandangan berhubung sebarang isu demi kepentingan masyarakat, ekonomi dan kesejahteraan negara biarpun pernah berdepan bermacam ugutan.


Katanya, pengaruh kuatnya dalam laman sosial terutama Instagram selain pengalaman sebagai hos Selamat Pagi Malaysia (SPM) mendekatkan dirinya dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk peringkat atasan akan digunakan sebaik mungkin bagi membantu orang lain.




Kredit foto: IG Iesya




“Saya jenis yang cepat sensitif dan pantang tengok kesulitan orang. Malah, bidang tugasan sebagai hos SPM dahulu membuka mata saya mengenai situasi semasa terutama membabitkan insan lain.


“Apabila tidak lagi bersama program pagi itu, saya masih ingin berkongsi informasi dengan khalayak. Jadi, cara paling menyeluruh dengan hebahan informasi lebih meluas adalah menerusi laman sosial.


“Selain maklumat dan hal ehwal semasa, saya juga sentuh isu jenayah dan sebagainya yang selalu juga meraih perhatian menteri dan pihak berkaitan. Kita bangkitkan sesuatu isu bukan mahu memburukkan sesiapa, tapi lebih kepada penambahbaikan.


“Sebelum ini pun saya pernah diugut berkaitan beberapa isu panas seperti kes along dan penggubahan wang haram. Walaupun terus membangkitkan isu berkenaan, saya ambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada K! Online.


Pelakon filem Tangkai Jering itu ditemui pada majlis penyerahan hadiah kepada juara pertandingan Move It Lose It yang juga pengguna Magika Gel, Nor Diana Abdul Karim, baru-baru ini.


Pada masa sama, Iesya atau nama sebenar Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui terbit ilham untuk mengeluarkan produk penjagaan kecantikan sendiri bermula dengan Memoonchak bagi menampung kegiatan kebajikan (CSR) yang dilakukan.








Katanya, pada awal dulu dia menggunakan duit simpanan selain meminta sumber kewangan daripada suami terutama untuk membayar kos melahirkan di hospital swasta untuk remaja terlanjur bermula pada 2015.


“Apabila saya sudah meninggalkan SPM dan kemudian berhijab, tawaran mengendalikan acara serta lakonan berkurangan. Apa pun ketika itu saya fokus terus kepada kerja amal.


“Namun untuk terus bergerak saya perlu duit. Dahulu selain SPM, saya dapat rezeki tambahan dengan berlakon, menyanyi dan diundang mengacarakan majlis. Duit itu saya gunakan tolong remaja terlanjur atau program babitkan ibu tunggal dan anak yatim.


“Apabila sudah berkahwin, saya minta dana daripada suami. Kiranya suami pernah membiayai kos bersalin di hospital swasta untuk tiga bayi tanpa bapa.


“Jadi saya terfikir sampai bila nak guna duit suami kerana keluarga kami pun semakin membesar. Dari situ saya hasilkan Memooncak dan disusuli krim sapu pemecah lemak Magika Gel. Pendapatan dari situ saya salurkan untuk CSR,” katanya lagi.


Sepanjang menjalankan kerja kebajikan membabitkan remaja yang hamil luar nikah, seramai 23 orang dibantu Iesya dari sebelum bersalin hingga ke fasa berpantang jika tiada ahli keluarga terdekat atau tanpa penjaga.


Dalam kesibukan mengendalikan kerja CSR dan menguruskan keluarga, ibu kepada tiga cahaya mata ini kembali ke kaca televisyen menerusi program Bijak Urus Wang siaran RTM.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 11:40 AM | Show all posts
Terpaling isu semasa & CSR.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu tak kenal dia ni. tp follow kt ig sbb nk tahu isu semasa ????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048853 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list