CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 1

[Johor] Mat rempit pamer aksi berbahaya demi ‘view’ tinggi

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Polis Johor menjalankan Ops Khas Samseng Jalanan ekoran peningkatan trend mat rempit di negeri ini sejak kebelakangan ini.


JOHOR BAHRU – Trend merempit semakin menjadi-jadi di Johor sejak kebelakangan ini dimana penunggang motosikal sengaja melakukan aksi berbahaya semata-mata sebagai kandungan untuk meraih ‘view’ yang tinggi di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, antara aksi dilakukan termasuklah lumba haram, wheelie dan Superman selain mengubah suai kenderaan.

Katanya, golongan berkenaan dilihat masih tidak serik walaupun pernah terlibat dengan kemalangan selain telah diambil tindakan sebelum ini.

“Ekoran aktiviti mat rempit semakin menjadi-jadi di Johor kebelakangan ini, kita telah menjalankan Ops Khas Samseng Jalanan bermula 9 April hingga kelmarin.

“Sepanjang tempoh berkenaan, seramai 42 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka yang ditahan kesemuanya berusia antara 14 hingga 53 tahun dengan penumpuan khusus diberi terhadap kumpulan motosikal yang melakukan konvoi dan aksi berbahaya lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, dalam tempoh seminggu itu juga, pihaknya telah mengeluarkan sejumlah 2,350 keping saman atas pelbagai kesalahan dengan pemeriksaan dibuat terhadap 12,815 individu melibatkan 10,035 buah kenderaan.

“Daripada jumlah tersebut, 3,723 buah motosikal telah diperiksa dengan 208 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... a-demi-view-tinggi/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 12:54 PM | Show all posts
53 tahun.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.031975 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list