CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Kedah] Naik taraf LRA Pelubang dijangka siap 2024

[Copy link]
Post time 18-4-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode

Che Had ketika berucap dalam Majlis Iftar bersama Media Kedah di Hotel Raia di sini pada Ahad.

ALOR SETAR - Kerja-kerja naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang berjalan lancar mengikut jadual dan akan disiapkan menjelang tahun 2024.

Pengerusi Bina Darulaman Berhad (BDB), Che Had Dali berkata, projek itu kini sudah dimulakan dan berada pada fasa pembangunan awal.

Beliau memberitahu, sejak masuk ke BDB pada 1 Februari lalu, dia memberi penekanan dan keutamaan pada projek berkenaan kerana ia melibatkan hak dan kepentingan awam.

"InsyaALLAH setiap yang dirancangkan akan menepati jadual dan membantu menyelesaikan masalah air di Kedah pada 2024," katanya ketika ditemui di Majlis Iftar bersama Media Kedah di Hotel Raia di sini pada Ahad.

Menurutnya, kenaikan kos bahan pembinaan turut memberi kesan yang agak tinggi kepada projek LRA.

Justeru, beliau berharap akan ada pelbagai pilihan harga bagi memastikan kontraktor tidak mengalami kerugian dan tekanan.

"Bagaimanapun katanya, ia bukan di bawah bidang kuasa mereka untuk mengawal perkara terbabit kerana kuasa pasaran yang menyebabkan kenaikan harga barang.

"Jadi kita cuma berusaha memastikan variation of price (VOP) itu didasarkan kepada yang sepatutnya.


"Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dimaklumkan mengenai cadangan itu yang kemudiannya akan diusulkan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan harga- harga yang dicadangkan," katanya.

LRA Pelubang dibangunkan dengan kos 431 juta ringgit melibatkan dua pakej iaitu membina LRA dan menaiktaraf saluran paip.

Ia merupakan satu daripada lima projek LRA di Kedah yang dibangunkan bagi menyelesaikan masalah air di negeri ini.

Kerajaan negeri menyasarkan penyelesaian masalah air menjelang 2024 apabila kesemua lima LRA terbabit siap.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -dijangka-siap-2024
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.285844 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list