CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Kedah] Kembalikan nama asal lokasi bersejarah di Langkawi

[Copy link]
Post time 18-4-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Peta menunjukkan nama Pulau Singa Besar, Selat Tyson dan Selat Bass di Langkawi, yang nama asalnya adalah Pulau Lada, Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah sebelum ditukar namanya oleh pentadbiran lalu.

Alor Setar: Kerajaan negeri dan pihak berkaitan disaran kembali menggunakan nama beberapa lokasi bersejarah di Langkawi yang ditukar suatu ketika dahulu kepada nama asalnya demi memastikan warisan sejarah kawasan berkenaan terus dipelihara.

Aktivis sejarah, Mohd Herman Roslan berkata, nama tiga lokasi bersejarah yang didapati berlainan daripada rekod lama adalah Pulau Singa Besar yang dahulu dikenali sebagai Pulau Lada, Selat Tyson (Selat Dayang Bunting) dan Selat Bass (Selat Kuah).

Jelasnya, catatan seorang pegawai tentera Portugis bernama Barbosa pada 1516 menunjukkan Pulau Lada dan Pulau Langkawi pernah menjadi pusat penghasilan lada hitam terbesar di alam Melayu sehingga rempah-ratus itu turut dijual ke China.

"Malah Francis Light dalam catatannya pada 1786 merujuk Pulau Lada atau 'The Great Lada' sebagai kawasan didiami orang Melayu yang menjalankan aktiviti maritim, selain ia turut pernah menjadi pusat tentera laut Kedah ketika tempoh Perang Musuh Bisik antara 1821-1842.

"Kali terakhir Pulau Lada dicatatkan adalah pada surat permohonan lesen membalak pihak Inggeris kepada Pejabat Sultan Kedah pada 1940, namun surat sama yang dihantar kepada 'Kedah Forestry' mendapati rekod itu menukar nama Pulau Lada kepada Pulau Singa.

"Sejak itu versi Inggeris terpakai sehingga hari ini, sedangkan berdasarkan fakta sejarah, sepatutnya nama Pulau Lada perlu dikekalkan dan bukannya mengikut nama yang diberikan penjajah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pulau Singa atau kini dikenali sebagai Pulau Singa Besar tidak lagi didiami penduduk, sebaliknya kawasan itu kini menjadi hutan simpan selain dijadikan antara lokasi tarikan pelancong melihat habitat burung helang.

Mengulas lanjut, Mohd Herman yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) berkata, semakan pihaknya turut mendapati nama Selat Tyson dan Selat Bass mula digunakan secara meluas termasuk dalam aktiviti pelayaran selepas 1980.

"Nama Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah masih terdapat di dalam peta topografi dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 1980, namun selepas itu ia ditukar kepada 'Tyson Straits' dan 'Bass Straits' tanpa diketahui punca ia berlaku.

"Sepatutnya nama lokasi bersejarah ini dikekalkan mengikut nama asal yang digunakan masyarakat terdahulu kerana kawasan ini menyimpan dan mempunyai lipatan sejarah panjang yang wajar dipertahankan," katanya.

Berikutan itu, beliau berharap kerajaan negeri atau jabatan berkaitan dapat melakukan sesuatu bagi mengembalikan nama asal lokasi terbabit kerana tindakan menukar nama hanya menyebabkan sejarah sebenar hilang dan tidak diingati generasi muda.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sejarah-di-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.819962 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list