CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 1

[Perlis] Ibu bapa, penjaga penunggang basikal lajak juga tidak terlepas tindakan

[Copy link]
Post time 18-4-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Shokri (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Saifudin (kiri) sebagai simbolik peralihan tampuk jawatan Ketua Polis Daerah Kangar yang baharu di IPD Padang Besar sambil disaksikan oleh Surina (tengah). FOTO AIZAT SHARIF

Padang Besar: Polis mengenal pasti beberapa jalan di negeri ini menjadi lokasi kumpulan basikal lajak melakukan aksi berbahaya.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, salah satu lokasi dikenal pasti sering menjadi tumpuan ialah sekitar sebuah restoran makanan segera di Jalan Kampung Bakau-Padang Behor di sini.

Katanya, sehubungan itu polis akan mengambil tindakan terhadap kumpulan basikal lajak terbabit termasuk ke atas ibu bapa dan penjaga mereka.

"Penggunaan basikal lajak memang tidak dibenarkan dan jika dikesan, kita akan mengambil tindakan termasuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak atau individu yang berkenaan.

"Melalui tindakan tahun lalu di laluan Jalan Kampung Bakau-Padang Behor polis menahan 50 hingga 60 penunggang basikal termasuk basikal rekreasi yang didapati tidak mematuhi peraturan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Padang Besar yang baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini hari ini.

Terdahulu, Surina menyaksikan serah terima tugas bekas Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas kepada Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah.

Mohd Shokri, 48 yang berasal dari Guar Chempedak, Kedah adalah bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sebelum ini dan sepanjang 26 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, beliau pernah bertugas dengan Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman dan IPK Selangor selain di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Johor Bahru dan Selangor.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-terlepas-tindakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 12:01 AM | Show all posts
kompaun je mak bapak yg biarkan anak2 merayau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.484518 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list