View: 31113|Reply: 241
|
Siti Nordiana Kenang Arwah Faizal- Anak Ikut Perangai Sama Tak Makan Bawang, Gelak Mata Tak Nampak
[Copy link]
|
|
"Rayyan jangan lupa baca al-Fatihah selalu dekat abah tau."
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana kepada anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie dalam video terbaharu yang dimuat naik di saluran YouTubenya.
Foto: IG
Dalam video itu, dia yang mesra disapa dengan panggilan Nana sedang menikmati juadah kegemaran anaknya sambil menonton drama lakonan bekas suaminya, Allahyarham Mohd Faizal Yusup.
"Sebenarnya Rayyan, Rayyan ikut perangai abah Rayyan. Dulu, opah yang ajar mama resipi ini. Abah Rayyan tak boleh masak (makanan) yang ada bawang.
"Nana kena 'blender' (kisar)' dia cakap. Jadi, mama pun 'blender' lah. Ini juga adalah sambal kegemaran abah Rayyan, turun ke anaknya ya.
"Jadi, sebab itulah Rayyan tak suka bawang sebab Rayyan mewarisi daripada Abah," katanya.
Tambah Nana, Rayyan juga mewarisi ekspresi ketawa Faizal.
"Eh ada lagi. Kalau ada abah gelak, sebiji macam Rayyan. Kalau Rayyan gelak, sebiji macam dia, mata tak nampak.
"Kalau Rayyan kurus, macam itulah Rayyan. Rayyan kan nak diet," katanya.
Dalam video berdurasi lebih 7 minit itu juga, Nana turut berkongsi kepada Rayyan mengenai kehebatan Faizal sebagai pelakon.
"Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah selalu dekat abah tahu. Dia sayang gila kat Rayyan, tahu? Abah Rayyan dulu popular. Lakonan dia tiptop, 'power'," katanya.
Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 di usia 33 tahun selepas diserang masalah jantung. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo patutla xkawen lain. Cinta mati tu. Faizal ni join hero remaja yg zed zaidi juara ke? Aku ingat2 lupa. Time2 HR ramai yg hensem tp HR sekarang huh sedih gila..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg tip top lakonan faizal ni.. zarul vs zarina antara drama paling melekat di hati. |
|
|
|
|
|
|
|
tp lepas tu arwah ada kawen lain kan? apa citer pompuan tu skrg.. mmg sian kat nana ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok budi pekerti nana. Kena cerai, tak burukkan ex laki. Kena khianat dgn kawan ig live, diam tak berkutik.
Semoga murah rezeki sheols anak beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 18-4-2022 12:14 PM
kesian kat nana ni..arwah kan cinta mati dia..teringat statement dia jwab kat reporter nape arwah mn ...
Campur tangan family nana pon ye juga..masa tu kan family dia tiba2 kaya dpt wang dari felda sendayan.faizal masa tu siapa aje. |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 18-4-2022 01:08 PM
tp lepas tu arwah ada kawen lain kan? apa citer pompuan tu skrg.. mmg sian kat nana ni.
Yup kawen ngn misi ke sapa tah. Sempat pregnant 5 bulan, Faizal ni meninggal.
Pastu Nana ni masa g melawat kat hospital lepas tgk isteri arwah tu terus terlerai rasa sakit hati dia selama ni sbb katanya dia rasa simpati kat bini ex laki dia tu. Suami meninggal masa tgh pregnant.
So dia dh tanak marah n berdendam, malah siap memaafkan dan bina hub baik.
Iols taktau balu tu dh kawen baru ke blm, tp penah nampak gambar adik sebapa Rayyan tu, Raqim ke apatah nama umur beza 2 tahun je kot gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 18-4-2022 12:14 PM
kesian kat nana ni..arwah kan cinta mati dia..teringat statement dia jwab kat reporter nape arwah mn ...
Haah iols pun baca dia kata bukan dia tak sayang tapi suami dia yg dah tak sayangkan dia.
Dah lebih sayangkan org lain nak buat cemana.
Tapi dia memaafkan wife ex suami dia tu sbb dia rasa kesian masa ex dia meninggal tu wife tu tgh pregnant.
Jadi dia rasa simpati sangat,padahal dia kata selama ni dia mmg sakit hati sangat tau.
Katanya semua prasangka dan rasa sakit hati ke apa hilang masa dia melawat kt hospital tu. Dia taknak dah simpan rasa marah bagai hikmahnya hub dorang jd rapat plak.
Dia siap benarkan balu tu jaga Rayyan bbrpa hari tuk hilangkan rasa rindu pada arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bertambah murah rezeki.
semalam nampak kat berita dia jadi duta kot kongsi rezeki atas satu brand...
dok bagi barangan kat kanak2... anak2 yatim maybe.
apepun memang best citer arwah faizal jadi pompuan tu... klakor pun yer.
arwah faizal dengan pizz peruz meols rasa nampak sweet bila berpakaian wanita dalam lakonan.. ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sedih pulak ceritanya. tapi adakah sebab itu nana sendayan tak kahwin2 sampai sekarang ya.
tapi tak kahwin lagi pun tak apa, sheolls boleh je survive & hidup sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 18-4-2022 01:38 PM
Yup kawen ngn misi ke sapa tah. Sempat pregnant 5 bulan, Faizal ni meninggal.
Pastu Nana ni masa g ...
Yg ni eh..? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
peringatan gak la utk pelakor kat luar sana...sibuk runtuhkan rumahtangga orang, alih2 bila dah dpt laki tu meninggal awal time tengah pregnant..terkontang kanting dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan senang yer nak memaafkan org yang pernah sakitkan hati kau..kuatnya nana.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu la iollss rasa dia ni berat nak kawen lagi sebab mungkin arwah tu cinta 1st n last..x dapat bayangkan ;a bila orang kita sayang boleh lak cakap da x sayang kat kita lagi..kalu iollss da menangis berendam air mata stiap hari sampai skang..kuat hati si nana ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
yeke?iollss ingat2 lupa la gosip tu kaka sbab masa tu iollss baru form 1 agitchu..jenis tgok ruangan gosip pun dalam slot mangga dengan paper pancaindera sajorhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
ada la balu arwah la kiranya..alhamdulillah sihat lagi orang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 18-4-2022 02:28 PM
SherryZass replied at 18-4-2022 01:58 PM
sedih pulak ceritanya. tapi adakah sebab itu nana sendayan tak kahwin2 sampai sekarang ya.
tapi t ...
Rasanya ya sbb ada thread kat porem pasal ni sblm ni jap iols tepek
SAYA sangat mencintai arwah dan rasa cinta itu akan terus menyala sampai bila-bila walaupun kini dia sudah tiada. Faizal cinta pertama saya. Mulanya kami bercerai 'hidup' dan kemudian kami bercerai 'mati' namun kasih sayang padanya tidak pernah padam. Dek kerana itulah payahnya hati ini untuk menerima lelaki lain sebagai penggantinya.
Belum pernah saya menyatakan rasa terpendam ini kepada sesiapa pun termasuklah kepada Faizal sendiri. Jika saya berkata begini ketika hayatnya ada, tentu kurang manis kerana dia sudah beristeri baru. Aneh bukan? Kalau saya mencintainya separuh mati, pasti ramai tertanya-tanya kenapa saya minta cerai dan di manakah cara mendapat kekuatan itu untuk berpisah dengannya untuk kembali hidup sendiri? Bukan senang menjadi janda pada usia muda apatah lagi ada anak.
Memang saya mencintainya tetapi dia tak sayangkan saya lagi. Itulah katanya pada saya. Luluhnya hati ini. Lalu bagaimana saya dapat meneruskan hidup ini bersamanya andai kata langkah dihayun tidak sama rentaknya lagi?
Saya sayangkan dia sedangkan kasihnya sudah tertumpah pada yang lain. Lalu saya rela lepaskannya pergi. Pergilah cari kebahagiaannya sendiri andai cintanya pada saya sudah terpadam. Sedihnya hati tetapi kami tidak lagi mampu berpura-pura bahagia depan orang lain. Apabila kita menyayangi seseorang pasti kita mahu lihat dia gembira dan bahagia. Jadi itulah yang saya buat, izinkan dia pergi memupuk cinta baru.
Rumitnya hidup ini. Dia dah kata tak sayangkan saya tetapi cinta saya padanya tidak pernah berubah. Apabila berbicara soal hati, rasa bagai nak mati. Sekarang dia sudah benar-benar tiada di sisi buat selama-lamanya kerana Allah SWT lebih sayangkannya.
Btw panjang lagi artikel tu ni link thread tu
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=582520&extra=&mobile=2
Tajuk thread kasih belum mati-Siti Nordiana.
Dia ada kuarkan buku biografi gak tak silap 2-3 tahun lepas boleh la baca rasanya ada cite pasal rumahtangga dia tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|