|
SHARIMAN (kiri) menunjukkan kereta yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur. FOTO ihsan Polis
Langkawi: Toyota Vios kuning emas yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur ditemui kira-kira 500 kilometer di Kampung Ulu Melaka, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis turut menahan tiga lelaki berusia di antara 16 dan 32 tahun.
"Semakan mendapati kereta yang ditemui di pekarangan rumah terbabit dilaporkan hilang di Salak Selatan Baru," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Shariman berkata, kereta itu turut dirampas bagi serahan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu hingga tujuh tahun dan denda," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-jumpa-di-langkawi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|