CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Kedah] LADA belanja RM95,000 santuni B40 sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 16-4-2022 09:31 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, Danial Ibrahim, 14 (kiri) pada Majlis Ihya Ramadan di Ombak Villa Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperuntukan RM95,000 bagi menyantuni golongan B40, asnaf dan anak yatim menerusi aktiviti kebajikan dan keagamaan sepanjang Ramadan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata bantuan diberikan kepada golongan memerlukan ini dilakukan menerusi tiga siri program Jelajah Ramadan (JR).

"Sepanjang program JR bermula Sabtu lalu, seramai 96 golongan B40 menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan bernilai RM150 setiap seorang.

"Selainnya, malam ini (malam tadi), kita menyantuni pula anak yatim dan pelajar tahfiz dengan memberi mereka peluang berbuka puasa di hotel empat bintang dan menyampaikan duit raya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan di Ombak Villa Langkawi di sini, malam tadi.


Nasaruddin berkata, pada masa sama sumbangan tunai untuk pengurusan berjumlah RM4,000 turut diberikan kepada Rumah Anak Yatim Anjung Kasih, manakala RM2,000 untuk Tahfiz Al-Quran Dakwatul Hidayah.

"Semoga sumbangan ini dapat mengembirakan anak yatim dan pelajar tahfiz, selain meringankan beban kewangan pengurusan pusat terbabit untuk mengimarahkan bulan mulia ini.

"Bagi pihak LADA, pelbagai aktiviti lain termasuk edaran bubur lambuk, kuliah Ramadan, solat taraweh dan moreh terus diadakan di masjid-masjid terpilih di daerah ini," katanya.

Pada akhir majlis, Nasaruddin menyampaikan duit raya kepada anak kakitangan LADA yang dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL).
https://www.bharian.com.my/berit ... 0-sepanjang-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052006 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list