CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 4

[Sabah] Update : Tragedi bot karam: Dua mangsa terakhir ditemukan terapung

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-4-2022 11:45 AM



MOHD FARHAN

Polis siasat kes bot karam di Semporna

SEMPORNA: Polis akan menjalankan siasatan dari semua segi berhubung kejadian bot karam yang berlaku di perairan Pulau Timbun Mata, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

"Punca kejadian kes ini masih dalam siasatan, dan sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat JSJ IPD Semporna, Insp. Khadijah di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berdekatan,"katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau berkata, semua pengusaha bot, penumpang dan penduduk perlu sentiasa menjaga keselamatan dengan mematuhi jumlah muatan penumpang yang dibenarkan serta memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.

Mohd Farhan berkata, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Semporna untuk siasatan lanjut dan usaha mencari serta menyelamat dua lagi mangsa yang hilang masih diteruskan.

Terdahulu, bot yang dinaiki 20 individu berumur satu hingga 65 tahun itu dipercayai karam berhampiran Pulau Tandoan, Timbun Mata yabg mengakibatkan lima maut dan dua hilang manakala 13 terselamat.


utusanborneo.com.my/2022/04/15

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2022 11:46 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 15-4-2022 03:48 PM



SAR: Operasi SAR terus dijalankan mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.

Tragedi bot karam: Lima maut, dua masih hilang


SEMPORNA: Lima maut, manakala dua lagi masih hilang dan 13 terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Timbun Mata, di sini semalam.

Bot yang dipercayai membawa 20 penumpang warga tempatan itu dalam perjalanan daripada Kampung Bakung-Bakung menuju ke Kampung Tandoan sebelum karam dipukul ombak.

Mangsa yang maut terdiri dua wanita dan tiga kanak-kanak berumur satu hingga 33 tahun itu ditemukan orang kampung di lokasi kejadian. Manakala mangsa yang masih hilang Noranis, 14, dan Aiman,6.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 malam.

Katanya, susulan itu, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan dibantu dengan aset pasukan penguatkuasa yang lain.

“Kita difahamkan bot berkenaan membawa seramai 20 penumpang dan telah karam akibat dipukul ombak semasa melalui perairan Pulau Tandoan, Timbun Mata.

“Seramai lima mangsa ditemukan tidak bernyawa, manakala dua masih hilang dan 13 penumpang lagi berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan keselamatan sedang giat menjalankan SAR mencari dua lagi mangsa yang dipercayai masih hilang.

“Seramai 11 anggota dan pegawai bersama dua aset Maritim digunakan dalam operasi yang dilakukan sejak semalam.

“SAR turut dibantu anggota dan aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Pasukan Polis Marin (PPM) serta enam bot penduduk kampung,” katanya.

Norrimi berkata kawasan pencarian dilakukan secara bebas sepanjang Terusan Segalong, Pulau Timbun Mata memandangkan perairan di lokasi cetek.

“Bot berkenaan dipercayai karam disebabkan terlebih muatan dan keadaan cuaca buruk serta ombak yang kuat ketika itu.

“Kita akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa berkaitan dengan operasi SAR dua orang hilang berkenaan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/15

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 07:47 PM | Show all posts


DITEMUKAN: Dua mangsa terakhir berjaya ditemukan terapung berhampiran lokasi kejadian.

Tragedi bot karam: Dua mangsa terakhir ditemukan terapung

SEMPORNA: Dua mangsa terakhir bot karam yang hilang dalam kejadian bot karam pada Khamis lepas ditemukan terapung berhampiran perairan Pulau Timbun Mata, di sini pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat terbabit kira-kira jam 7.50 pagi.

Katanya, dua bot Maritim digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengambil dan membawa kedua-dua mayat berkenaan.

“Sebaik tiba di Jeti Guru, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Semporna untuk proses bedah siasat dan operasi ditamatkan pada jam 10.15 pagi,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Norrimi berkata, kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama daripada agensi sahabat dan komuniti Maritim.

Terdahulu, tragedi itu membabitkan sebuah bot yang membawa seramai 20 penumpang daripada Kampung Bakung-Bakung menuju ke Kampung Tandoan.

Bagaimanapun, bot berkenaan karam di lokasi kejadian dipercayai akibat cuaca buruk dan telah meragut nyawa tujuh mangsa berumur satu hingga 33 tahun, manakala 13 lagi berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan telah menahan juragan bot berumur 64 tahun bagi membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian dengan cuai.


utusanborneo.com.my/2022/04/16
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 07:49 PM | Show all posts


LAWAT: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) tiba di rumah mangsa seawal jam 7 pagi.

Shafie melawat mangsa bot karamSEMPORNA: Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, hari ini mengunjungi mangsa bot karam di kediaman keluarga mereka di Kampung Sungai Nasip, di sini.

Beliau tiba kira-kira pada jam 7 pagi dan meluangkan masa hampir sejam untuk menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal.

Shafie turut mendoakan mereka serta berharap keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian ini.  

Tujuh mangsa termasuk lima kanak-kanak dilaporkan lemas, manakala 13 lagi berjaya diselamatkan dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Timbun Mata di sini pada Khamis lepas, kira-kira jam 8.40 malam.

Dalam kejadian itu, sebuah bot yang dinaiki 20 penumpang tempatan dalam perjalanan dari Kampung Bakung-Bakung menuju Kampung Tandoaan yang terletak di Pulau Timbun Mata sebelum karam di kawasan perairan berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.


utusanborneo.com.my/2022/04/16

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 07:51 PM | Show all posts


SALAM TAKZIAH: Datuk Jaujan (tiga kiri) ketika hadir melawat keluarga mangsa tragedi bot karam.

Jaujan ucap takziah kepada keluarga mangsa bot karam

SEMPORNA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong hadir mengunjungi keluarga mangsa bot karam di kediaman mereka di Kampung Sungai Nasip, di sini, hari ini.

Jaujan tiba seawal jam 7.30 pagi di kampung berkenaan untuk berjumpa dan menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa yang ditemukan lemas dalam tragedi itu.

Beliau sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga tersebut dan berharap supaya mereka tabah menghadapi dugaan itu.

Atas keprihatinan pemimpin Parti Warisan (WARISAN) di daerah ini, satu majlis tahlil akan diadakan bagi mendoakan semua mangsa supaya rohnya dicucuri rahmat.

Terdahulu, tragedi itu membabitkan sebuah bot yang membawa seramai 20 penumpang daripada Kampung Bakung-Bakung menuju ke Kampung Tandoan.

Bot berkenaan dipercayai karam akibat cuaca buruk dan telah meragut tujuh mangsa termasuk lima kanak-kanak berumur satu hingga 33 tahun.

Polis masih menjalankan siasatan termasuk menahan juragan bot berumur 64 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.


utusanborneo.com.my/2022/04/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 1.081359 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list