View: 3827|Reply: 26
|
BTS Dikecualikan Sertai Latihan Ketenteraan Sebab Terlalu Berjaya Dalam Industri?
[Copy link]
|
|
Disebabkan kejayaan dalam bidang seni dan telah memberi sumbangan kepada negara, anggota kumpulan BTS berkemungkinan diberi pengecualian dari menyertai latihan ketenteran seperti mana yang diwajibkan ke atas semua lelaki Korea Selatan berusia tidak melebihi 28 tahun.
Meskipun masih belum mendapat kata putus berkaitan perkara tersebut, kesemua anggota kumpulan BTS bersedia jika mereka disenaraikan untuk mengikuti latihan ketenteraan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/15/152050qnqn8t7oc7q9oqnj.jpg) Kredit foto: Wired.co.uk
“Anggota BTS akan menerima semua keputusan yang ditetapkan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan.
“Sukar untuk BTS membuat sebarang perancangan berkaitan aktiviti seni dan kami akan sentiasa memantau ketetapan yang bakal dikeluarkan,” ujar wakil pengurusan BTS dipetik dari ALLKPOP.
Isu ini turut mendapat perhatian Badan Pertahanan Negara yang menjelaskan perkara tersebut bakal dibincangkan dalam masa terdekat.
“Pihak kerajaan akan menguruskan hal ini dalam secepat mungkin.
“Akta yang membenar pengecualian terhadap artis memperoleh pencapaian terbaik dari menyertai latihan ketenteraan masih lagi ditangguhkan,” jelas wakil parlimen kerajaan.
Sekirannya tidak menyertai latihan ketenteraan, penyertaan mereka terhadap program khidmat negara ini bakal dikira berdasarkan aspek seni dan sukan.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hashashes at 15-4-2022 06:23 PM
Diorang ni kalau kahwin, boleh ke menghasilkan anak eh? Bukan apa, aku rasa diorang ni lagi cantik dari aku. Haha. Bbnu kpop zmn skrg ni mesti menjurus macam ni kalau bab lelaki2 idaman kan. Takde dah yang dok minat jantan2 yang kekar2, hitam2 manis |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la.. Tapi lee min ho pun pegi je kan latihan tu? Tak cukup berjaya ke heols? Sori kalau tersalah fakta.. ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nama peminat ARMY kot. Pergilah pergilah berkhidmat untuk negara. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan netizen sane tak setuju sampai sudah ke pasal ni...berani diorang lawan knetizen |
|
|
|
|
|
|
|
1 dunia dh kenal, duit pun berkepuk. Masuk je la kem kejap jadi army sbnr. Baru kasi tauladan pd ARMY hangpa |
|
|
|
|
|
|
|
Acah army bts nih. Bigbang elok je masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Mengada-ngadalah hai...gd raja kpop pun masuk training tentera ni. Malu lah fandom nama army gini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana adil macam tu. Bigbang, suju etc elok je masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Poyo je. Fanbase ARMY bagai tapi ngelat haha |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab dekat Korea kalau ada menang medal dalam sukan ke, macam olimpik, atau apa2 medal yang banggakan negara akan dapat exemption. So kira peminat BTS cakap, BTS ada menang Billboard so patutnya dapat la exemption. Gitu la. Lagipun sejak ada bts, visitors ke South Korea melonjak naik. Tu diorang takut bts jadi tak famous nanti lepas keluar latihan ketenteraan nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap diorang sumbangkan 1% kepada ekonomi negara Korea Selatan. 1% tu banyak yach! |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kata lee min ho, bahkan PSY jugeks yaa.. tu pun mendonia gak pegi UN & MTV apa semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
pegi je laa ramai2 tu. amik cuti 2 tahun, then buat comeback |
|
|
|
|
|
|
|
makton replied at 20-4-2022 11:58 AM
pegi je laa ramai2 tu. amik cuti 2 tahun, then buat comeback
Rasanya memang dah plan mcm tue unless Gov Korea yg baru ni allow them for exemption. Sebab sepanjang 2020-2021 memang x de album baru pun, dorang still achieve many things. Dorang pun pernah bgtau yg kalau dipanggil untuk military, dorang akan pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut x laku yachhh lps 2 thn.. dr oppa ke ahjusshi.. sapa nk idolatkan lg ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lee Minho yang OKU tu pun pegi taw... walopun heols join ms umur dh masuk 30 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau confirm depa dikecualikan dari menjalani khidmat ketenteraan....hmmmm sedangkan idol2 dari 2nd gen antara yang popularkan genre KPOP pun tetap masuk military service....sebab depa xbetul2 tembus US mcm BTS ka? .....apa sebab depa tembus pasaran US dan popular di US lalu dikecualikan dari jalani khidmat ketenteraan?
Hybe pun antara yang mohon BTS xmasuk military service...sebab BTS antara sumber pendapatan terbesar depa wlpun byk beli syarikat2 kecil yg lahirkan kumpulan KPOP....tapi xsepopular BTS.
Appun tunggu dan lihat pengesahan dr kerajaan Korea ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 1...depa dapat pencalonan dalam Grammy Awards baru2 ni tapi xmenang 1 kategori pun.....kalau depa menang Grammy ceq sgt pasti depa akan dapat pengecualian military service serta merta
Apapun ceq xdak la xsuka BTS....cuma bila jadi group KPOP terpaling popular smpai fanatik merata2 tempat buat sstgh peminat Kpop yg follow group2 KPOP dr 2nd Gen meluat #justsaying![](static/image/smiley/default/victory.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
bebudak BTS ni no hal kalau masuk enlistment.
Army fanatik ajer yg yo yo ooo tak bagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|