View: 757|Reply: 7
|
Kembara Seni Wanita Muslim, Penerbit Buku Berhasrat Jalin Kerjasama Dengan Tokti
[Copy link]
|
|
Siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Hasrat sama turut disuarakan oleh pemilik syarikat penerbitan Tertib Publishing yang sedang menempa nama pasca COVID-19, Khairul Amar Razali.
Kata Khairul, syarikatnya terdahulu pernah beberapa kali menerbitkan bahan bacaan yang mendekati demografik generasi muda hingga awal 60-an.
Kredit foto: IG Siti
"Kami bawakan penulis Islamik antarabangsa termasuklah nukilan penceramah motivasi terkenal seperti Yasmin Mogahed, Imam Dr. Omar Suleiman, Yahya Ibrahim. Bagaimanapun, kandungan lokal juga diutamakan.
"Termasuk kerjasama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi terbitan buku The 49th Rules, Muslim Astronauts in Space dan The Twins' Space Mission.
"Malah kami menjalinkan kerjasama dengan jenama Telekung Siti Khadijah menghasilkan buku kanak-kanak seperti The Madrasah of Ramadan (Activity Book). Kami juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan figura terkenal tanah air contohnya Datuk Seri Siti Nurhaliza, untuk menerbitkan buku mengenai kembara seninya sebagai wanita Muslim sekiranya diberikan peluang," katanya.
Bercita-cita menjadi peneraju bahan bacaan Islamik, pengetahuan dan inspirasi dalam bahasa Inggeris, syarikat penerbitan buku yang beribu pejabat di Subang Jaya itu optimis dengan apa dimulakan.
"Tahun ini disasarkan, dalam empat kelima bacaan baru akan diterbitkan. Anggaran jualan produk sebulan kami raih pada Mac lalu contohnya mencecah RM200,000. Tahun ini kami sasarkan jualan sekitar RM3 juta. Insya-Allah. Selain itu, sistem ejen juga mula dilaksanakan," katanya.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
dolu rozisangdewi kata nak buat buku biografi sheols pun macam tak jadi jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream: dolu rozisangdewi kata nak bua ... buat buku biodata je laaa cm 90-an dodulu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau collab under CTDK Holdings, confirm cerita kemas, gambar lawa, nampak high class, cerita-cerita penting,... kalau collab under pengawasan acik dewi dewi.......emm...penuhlah puisi, karangan, kerawang-kerawang, baju bling-bling manik... tibehh.. ehehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KBW2 at 15-4-2022 11:20 AM
Burok.com poster swarovski Tokti. Macam acik-acik jah gayanya adoilah. Itupun sudah edit lagumana dah tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
apo jah nak dimasukkan dalam buku kembara seni penyanyi bernombor tuhh? koleksi busana pesyen hauk dari dulu sampai sekarang kerrr? |
|
|
|
|
|
|
|
of coz part mukaddimah akan ada cerita kisah jual kuih pepetang sambil jerit kuih kuih sebegitu yach
|
|
|
|
|
|
|
| |
|