CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2338|Reply: 17

[Tempatan] Ada yg kenal? Abang Johan, pelakon watak 'Mat Saleh' sebak. 'Puan Su' tawar pertolongan cakap je berapa diperlukan

  [Copy link]
Post time 14-4-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Decaffeinated at 14-4-2022 12:55 PM

Abang Johan menangis sebab ramai...
Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my


JOHAN bersama Sarepah dan anaknya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mantau Indah. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: "Abang Johan menangis bila baca kisahnya dalam portal Harian Metro semalam," kata isteri pelakon 'Mat Saleh' atau Johan Abdullah, Sarepah Meriam Aboo. 49.

Menurut Sarepah, ramai yang menghubungi mereka untuk membantu membayar sewa dan deposit masuk ke rumah baru.

"Kami tak sangka, ramai yang simpati dengan nasib abang Johan yang sedang sakit angin ahmar dan Parkinson. Ramai yang hubungi kami untuk membantu.

"Apabila perkara ini dimaklumkan kepada abang Johan, dia menangis kerana tidak berhasrat menyusahkan orang lain yang bersimpati dengan nasibnya," ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

Sarepah berkata, pagi tadi ada seorang wanita yang hanya dikenali 'Puan Su' dari Sungai Petani, Kedah menghubunginya.

"Dia beritahu nak bagi duit deposit rumah dan sewa untuk beberapa bulan. (Puan Su) minta cakap je (saja) berapa jumlah diperlukan," katanya.

Katanya, suaminya tidak menyangka ramai yang tampil menyatakan hasrat untuk membantu mereka sekeluarga.

"Abang Johan kata dia bukanlah pelakon terkenal pun tetapi ramai nak bantu," katanya.

Tambahnya, pemilik rumah didiami mereka kini sudah memberi kelonggaran untuk tinggal hingga hujung tahun ini.

"Sudah lama kami tinggal di sini, hampir 14 tahun. Jika saya ada rezeki Allah bagi, saya memang nak beli rumah ini, harap ada rezeki nanti.

"Moga Allah beri kami kesembuhan, kekuatan dan ketabahan hati hadapi kesulitan ini kerana ia tidak dijangka abang Johan diserang angin ahmar," katanya yang juga menghidap penyakit tiroid dan 'slipped disc' (cakera teranjak).

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9), Norfadilah Mansor berkata, pihaknya sudah menyumbang sebuah basikal kepada keluarga berkenaan.

"Insya-Allah, petang ini basikal itu akan dihantar untuk digunakan anak lelaki mereka, Abdullah Musa, 11, dan Orchid Raihani, 6. Boleh pergi mengaji al-Quran dan ke kelas tambahan.

"Kami berharap agar NGO atau orang perseorangan lain tampil membantu keluarga ini bagi meringankan beban mereka sekeluarga," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh hubungi Sarepah di talian 013-312 6721.

Disiarkan pada: April 13, 2022 @ 5:14pm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2022 12:59 PM | Show all posts
Johan Abdullah buntu fikir tempat tinggal baru
Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my


JOHAN ketika ditemui di rumahnya. FOTO Azrul Edham

Seremban: "Ke mana saya sekeluarga nak pergi?" Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, yang kini menderita penyakit Parkinson dan angin ahmar buntu memikirkan tempat tinggal selepas ini.

Menurut Johan, 73, rumah sewa yang diduduki bersama isteri, Sarepah Meriam Aboo, 49, dua anaknya, Abdullah Musa Johan, 11, dan Orchid Raihani Johan, 6, sejak 2008 di sini, akan dijual pemiliknya.

"Kami sekeluarga cuba berbincang dengan pemilik rumah, namun kami diberi tempoh selama tiga bulan oleh tuan rumah untuk mencari rumah baharu dan mengosongkan rumah.

"Manalah kami nak tinggal selepas ini kerana kami tiada pendapatan tetap malah isteri ada terfikir buat sementara waktu ini nak buat rumah kongsi di tanah lot milik saya di Kampung Gadong tidak jauh dari sini," katanya.

"Bukan mudah mencari rumah baru yang perlu menyediakan duit bayaran muka atau 'deposit' kerana saya sudah lama tidak bekerja dan juga persekolahan kedua anak kami," ujar pelakon watak 'orang putih' yang senonim dengannya.

Menurut isterinya, Sarepah, mereka sekeluarga mula hilang sumber pendapatan sejak suami jatuh sakit pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu.

"Kami sekeluarga sebelum ini meneruskan hidup dengan duit upah menulis dokumen kerajaan dan upah berlakon diterima suami.

"Tapi bila suami sakit memang terputus langsung sumber pendapatan dan bila memikirkannya buat saya jadi sedih kerana saya sendiri turut menghidap penyakit tulang belakang yang mana pergerakan agak terbatas.

"Lagipun kami ada dua anak masih bersekolah perlu ditanggung berusia 11 dan enam tahun," katanya.

Oleh kerana itu menjadi hasrat Johan untuk berlakon semula supaya dapat menampung hidupnya sekeluarga.

Apabila mengenang keadaan Johan membuatkan Sarepah sayu lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya juga yang tidak lagi sekuat dulu sejak diuji penyakit tiroid dan 'slipped disc' (cakera teranjak).

"Selagi Allah bagi saya kudrat untuk jaga suami, saya akan terus pikul tanggungjawab ini dan saya rela hadapi dugaan ini, biarlah kami susah senang bersama.

"Cuma yang saya risau kalau keadaan kesihatan saya yang tidak sekuat dahulu untuk menjaga abang Johan yang lebih memerlukan kerana kalau saya kuat tidak mengapa, tapi sekarang saya pun tak sihat," katanya.

Sarepah berkata, mereka pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) dan Persatuan Artis yang diketuai DJ Dave.

"Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memahami keadaan kami sekeluarga.

"Saya harap abang Johan segera sembuh seperti sediakala dan dia dapat melepaskan rasa rindu kembali berlakon," katanya.

Disiarkan pada: April 12, 2022 @ 4:52pm


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya.. kawen lmbt ke.. umo 73 ank baru 10 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sajak dpt watak org ada2
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:33 PM | Show all posts
Lama tak berlakon tak sihat rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 14-4-2022 03:57 PM
Comel anak dia

Kuat gene mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kecik2 lg anak dia.. isteri dia pun dh nk dekat 50
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 08:23 PM | Show all posts
Baca crita ni kt board Gosip Tempatan.....sian tgk....skg dh ada yg membantu...Alhamdulillah

Tup2 hari ni ASTRO tyg filem Sembilu 2005 plakhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kisah ni teringat ada pak cik yg niaga pasar malam Kat tempat aku..wife meninggal so anak2 carikan jodoh utuk pak cik tu. Berkahwinlah ngan perempuan yang seringgit kurang 2 send yg muda dalam 20 tahun dari pakcik..beranak 2 orang.pak cik tu niaga Kat pasar malam utuk tanggung keluarga baru .dia.
Sekadar selingan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa isu nya? Langkawi btuii Ler..

Ingat Mat Salleh tu jadi Superman ke Hulk ker

Ek eleee...kes nii ceh..mentari terbit timur berjuta tahun relaxxx jek.. think harder laa kapennnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2022 07:02 AM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 16-4-2022 10:56 PM
Apa isu nya? Langkawi btuii Ler..

Ingat Mat Salleh tu jadi Superman ke Hulk ker

Isunya kenapa abg Johan pilih acik melayu berkerak. Aji tau ka?


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-4-2022 07:02 AM
Isunya kenapa abg Johan pilih acik melayu berkerak. Aji tau ka?

Freedom of choice..biak pih la dia nk pilih sapa ase bukan sejenis aaa homosex marriage

Nk melayu ke nigga ke ah so ke ..atok madet keling Kerala pun pandai cari mayu gak ..atok Anwar too..mat dan n ramai lai ske nasi lemak mayu..bio ler
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dgn bini lama ada 9 org kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 17-4-2022 07:10 PM
Anak2 dgn bini lama ada 9 org kan..

Takkan berpuluh tahun kerja tak menyimpan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 08:16 PM | Show all posts
ADa tanah lot kat Gadong boleh jual hampir RM200k tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 12:55 PM | Show all posts
Ni isu semasa ke bahlol??
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 12:56 PM | Show all posts
Ni isu semasa ke bahlol??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.332522 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list