CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

Azab Puluhan Larva Lalat Dalam Mata

[Copy link]
Post time 13-4-2022 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Sungguh mengerikan, doktor sebuah hospital di Perancis, terpaksa menggunakan forsep untuk mengeluarkan secara fizikal puluhan larva lalat dari mata seorang lelaki.


Memetik laporan portal Metro UK pesakit berusia 53 tahun itu dimasukkan ke hospital mengadu mata kanan gatal yang berterusan selama beberapa jam.


Kes lelaki itu dilaporkan dalam Jurnal Perubatan New England.




Kredit foto: Metro/Nicolas Abihaidar, Thibaud Garcin/ N Engl J Med 2022




Menurut laporan itu, lelaki berkenaan memberitahu doktor dia berkebun berhampiran ladang kuda dan biri-biri pada sebelah pagi hari berkenaan, apabila dia merasakan sesuatu memasuki matanya.


Pemeriksaan lanjut menunjukkan, puluhan larva bergerak dan kelihatan lut sinar menggeliat di kornea matanya.


Mereka juga menemui dalam konjunktivanya, selaput yang melapisi kelopak mata dan bahagian putih mata.


Doktor mengenal pasti makhluk itu sebagai larva Oestrus Ovis juga dikenali sebagai lalat bot biri-biri.




Kredit foto: Getty Images




Lalat ini boleh menyebabkan serangan parasit di seluruh dunia dan ramalan terbaik ialah salah satu daripada lalat berkenaan terbang ke mata lelaki itu dan menyimpan larvanya di situ.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 2.185332 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list