CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 6

Lelaki 103 Tahun Kahwin Gadis Muda,Teringin Ramai Anak- Anak Pertama Pun Boleh Tahan, Kahwin Sembilan Kali

[Copy link]
Post time 13-4-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Baghdad: Seorang lelaki Iraq berusia 103 tahun yang baru berkahwin kali ketiga mengimpikan isteri baharunya akan melahirkannya zuriat lebih ramai.


Mukheilif Farhoud Al-Mansouri yang dilahirkan pada 1919 dan berasal dari wilayah selatan, Al-Diwaniyah berkahwin dengan wanita berusia 37 tahun di Somar, kira-kira 180 kilometer dari Baghdad.


Warga emas itu kini sudah mempunyai 15 anak dan ratusan cucu.


Mukheilif (tengah) dikelilingi anak dan cucunya. Foto: Pipanews




Seorang daripada anaknya, Abdul Salam berkata, selepas ibunya meninggal dunia 23 tahun lalu, bapanya itu berkahwin lagi.


Namun katanya, isteri kedua itu pernah meninggalkan bapanya sebelum kembali semula kepada keluarganya, pada tahun ini.


"Bapa menunggu beberapa bulan untuk melihat sama ada dia akan kembali.


"Apabila dia tidak balik, bapa meminta kami mencarikannya isteri ketiga yang mampu melahirkan lebih ramai anak untuknya.


"ilihan kami ialah wanita baik yang dilahirkan pada tahun 1985.


"Mereka bertunang dan kemudian majlis berinai diadakan diikuti dengan perkahwinan yang dihadiri anak-anak serta cucu-cucu," katanya menerusi Arab News yang memetik laporan Rudaw Media Network.


Mukheilif berkata, isterinya masih muda dan bersedia untuk mempunyai lebih ramai bayi.


"Saya tidak mahu apa-apa daripada anak-anak dan hanya berdoa Tuhan memberkati mereka dan dapat menemani saya," katanya.


Selain itu, anak sulungnya, Kadhem, 72, pula tidak kurang hebatnya apabila mempunyai 16 anak perempuan dan 17 anak lelaki daripada sembilan perkahwinan dan kini mempunyai empat isteri.


Kadhem berkata, ahli keluarganya sentiasa menghormati kehidupan dan percaya mereka tidak perlu takut untuk berkahwin dan mempunyai lebih ramai anak. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 11:12 AM | Show all posts
harap mereka mampu menyara anak anak ramai tu sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana dia para selesman kondom CI? Buat kerja kamu cepat!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:47 PM | Show all posts
Mampu ka kaya ka bukan alasan la hidup macam arnab.

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 05:16 PM | Show all posts
nk tgk isterinye
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 05:22 PM | Show all posts
wow masih larat lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar nurse mahal kan..
Kawin isteri ramai2 lg murah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.190061 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list