CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putrisakura

Kutipan terkini pilem Madu 4 ?

  [Copy link]
Post time 16-9-2010 06:54 PM | Show all posts
salam semua ketemu kembali selepas hampir dua minggu beraya sakan di kpg.....br nak g komen2 secubit rasa hehe...bc dlm utusan kutipan utk 4 madu hanya rm700,000 je..bes lg pilem senario...mungkin org dah meluat tgk apek n fasha sandha yg dah suam2 kuku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 07:15 PM | Show all posts
kat paper hits, utusan

Madu yang kurang manis

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

FILEM 4 Madu memberikan persepsi bahawa ikatan perkahwinan boleh dipersenda dan menjadi bahan mainan.

--------------------------------------------------------------------------------

PROFESOR Madya A. Razak Mohaideen dan Saiful Apek gabungan dua nama yang sudah selalu, tetapi cukup serasi dan menguntungkan.

Kerjasama mereka, daripada filem Jutawan Fakir (2003) sehinggalah Sifu dan Tongga (2009) mencatatkan trek rekod yang baik dari segi kutipan box-office.

Setuju atau tidak, kenyataannya Razak ialah seorang pembikin filem yang tahu membaca selera penonton.

Justeru, untuk filem terbarunya, 4 Madu, selain Saiful Apek, dia membariskan pelakon yang punya nama dan wajah untuk menarik orang ke pawagam, antara lain Fasha Sandha dan Rozita Che Wan.

Formula itu dikatakan masih relevan, walaupun risiko untuk gagal tetap ada.

Filem 4 Madu bermula apabila Azlan menerima sepucuk surat daripada pejabat peguam.

Di sana, dia dipertemukan dengan saudara kembarnya, Azrul yang terpisah sejak kecil.

Mereka sebenarnya diwasiatkan aset bernilai RM50 juta daripada bapa mereka yang selama ini tidak diketahui identitinya.

Sebelum harta itu diserahkan, Azlan dan Azrul harus melalui beberapa fasa ujian yang memaksa mereka untuk berkahwin empat.

Setiap satu calon memiliki kriteria tertentu, seperti wanita buta dan bisu serta anak yatim piatu. Tugasan-tugasan itu harus dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Plot filem ini mengingatkan saya dengan kepada filem Mr. Os (1987) yang berkisar sama mengenai ujian dan wasiat.

Tetapi kalau hendak diambil kira, idea asal filem itu pun bukanlah begitu asli kerana khabarnya dicedok daripada filem Hong Kong.

Justeru, persamaan atau ilham yang diulang pakai bukanlah sebab untuk menolak percubaan 4 Madu.

Apatah lagi, isu berkahwin banyak juga pernah diutarakan; contohnya dalam filem arahan Tan Sri P. Ramlee, Madu Tiga (1964) dan filem seberang, Berbagi Suami (2006).

Sayangnya, olahan 4 Madu dirasakan tidak sepintar dan sekemas dua filem tersebut.

Filem ini memberikan persepsi bahawa ikatan perkahwinan boleh dipersendakan dan menjadi bahan mainan.

Realiti mengenai ketamakan dan kehodohan prinsip bernikah hanya kerana wang, gagal disampaikan secara jelas. Apa yang lebih menonjol ialah poligami sebagai bahan jenaka kosong.

Seperti mana filem-filem komedi Razak yang lain, 4 Madu masih membawakan pendekatan yang serupa.

Skripnya ringan dengan humor yang adakalanya menjadi separuh masak. Babak demi babak ditonton tanpa meninggalkan kesan kerana tiada perubahan yang cuba dilakukan.

Lakonan Saiful Apek masih tidak banyak beza, meskipun melakonkan dua karakter dengan personaliti yang berlainan.

Watak Azlan ialah pekerja chalet yang kurang pendidikan, sementara Azrul ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Sepatutnya penonton dapat mengasingkan dua watak ini melalui mentaliti, dialog dan perlakuan mereka. Namun, perbezaan sifat Azlan dan Azrul tidak ketara.

Dalam pada itu, beberapa pelakon pembantu seperti Rosnah Mat Aris yang menjadi wanita sengau, Sazzy Falak sebagai wanita Inggeris celup dan Bienda sebagai wanita pura-pura buta, mampu menimbulkan kelucuan spontan.

Tanpa mengurangkan rasa hormat kepada kekurangan sifat semulajadi manusia, tiga peranan ini menyerlah.

Bagaimanapun, bersedialah untuk menyaksikan lakonan kayu dan menjengkelkan daripada sesetengah watak. Tidak semua 'madu' yang ditampilkan dalam filem ini manis.

Saya mahu mengulangi perenggan awal tadi. Prof Madya A. Razak Mohaideen dan Saiful Apek - gabungan dua nama yang sudah selalu, tetapi cukup serasi dan menguntungkan. Kata kunci di sini ialah menguntungkan.

Dalam musim perayaan seperti Aidilfitri, 4 Madu mempunyai potensi untuk mengulangi kejayaan box-office dua insan seni itu, atau sekurang-kurangnya balik modal.

Saya pasti memang itu pun yang menjadi sasaran utama pengarah dan penerbitnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 12:32 AM | Show all posts
kan bagus kalo wartawan tulis crita razak tak menjana minda

kan senang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 01:10 AM | Show all posts
prof kangkung yg lembab...fikir duit ade..pastu dilobi finas..media prima plak iklan n promo tak habis2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:04 AM | Show all posts
ada ke yg tgok citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 12:10 PM | Show all posts
Skripnya ringan dengan humor yang adakalanya menjadi separuh masak. Babak demi babak ditonton tanpa meninggalkan kesan kerana tiada perubahan yang cuba dilakukan.


no wonder la.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply 105# mawarmatahari


    ada jer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 05:56 PM | Show all posts
Rosnah Mat Aris jadi wanita sengau?
tolong lah cite melayu ni.
nak melawak mesti ade sorang watak sengau
actually x pernah tengok cite omputih yang mempersendakan orang sengau tapi cite2 melayu ni idea basi ni jugak yang dok diulang
direktor sampah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 10:28 PM | Show all posts
kesiannyer....prof rajak ni...xde kebolehan ni wat citer2 yg menjana minda..citer2 bangang je dia mampu buat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 01:37 AM | Show all posts
tunggu jelah kuar kt astro raya haji ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 03:51 AM | Show all posts
Filem yang sangat membosankan...tipikal filem melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 03:53 AM | Show all posts
Reply 25# My2cen


    Mcm mana nak mencintai filem kita...mmg tak bermutu dan membosankan... aku sgt patriotik sanggup beratur panjang kat kaunter beli tiket... lepas tengok...sangat mengecewakan... malas nak compare filem melayu ngan holiwood mmg jauh beza... nak sebaris ngan Indon dan Thai pun tk mampu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 02:30 PM | Show all posts
last skali tgok cter dia nie, cter 2 hati 1 jiwa.... adoi hai.... baru stengah jam dlm pnggung dah tensyen tahap leh naik gila sawan... cerita ntah ape2.... trus aku kuar... buat sakit jiwa je..

mcmtue nk g tgok 4 madu? bg free pn aku xnk.. tayang kat tv pn aku tutup tv.. membazir karan... kalo ada tuk donlod pn aku xnk, mbazir karan dgn usage broadband.:@
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 08:21 PM | Show all posts
Reply 112# perang_sivil


   jadi ko laaa antara penyumbang rm 700 ribu ... kutipan wang citer dia yer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 08:32 PM | Show all posts
Reply 114# logy


    Patriotik tak bertempat...habis Rm 20.00 duit aku belum campur popcorn dan air sirap bandung...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 09:47 PM | Show all posts
Reply 115# perang_sivil


   waaa byknya abis pergi berapa org nie.... tuelaaaa mentang2 tgk cite masa mood merdeka, mula laaa bersikap patriotik dah tue tak ikut tempat lak maing hentam jer laaa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2010 09:33 AM | Show all posts
Reply 116# logy


    Tgk ngan my babe la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2010 02:32 PM | Show all posts
ish..ade jugak orang yg sanggup keluarkan duit tgk filem dia ni....lepas tu bila cite tak best, tahu pulak nak mengomen macam2. Aku tak tgk lagi pun dah tahu cite arahan dia ni tak best.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2010 04:44 PM | Show all posts
yang tengok la paling layak untuk mengomen macam2...yg tak tengok sepatutnya takyah komen....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 09:59 AM | Show all posts
Rosnah Mat Aris jadi wanita sengau?
tolong lah cite melayu ni.
nak melawak mesti ade sorang watak  ...
InVendeTTa Post at 17-9-2010 17:56



yu, i agree with you..citer melayu skg very typical..tak mjana minda langsung...balik2 jln citer yg same je..so sad..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.064062 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list