CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 750|Reply: 13

[Tempatan] Dua cedera dilanggar kereta lawan arus

[Copy link]
Post time 12-4-2022 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Dua cedera dilanggar kereta lawan arus

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -kereta-lawan-arus/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
12 April 2022, 9:16 am


Tangkap layar suspek dan kereta yang dipandunya melawan arus sehingga melanggar dua penunggang motosikal di SKVE semalam

KUALA LANGAT – Dua penunggang motosikal cedera selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipandu seorang lelaki secara melawan arus di Kilometer (KM) 30.1 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.49 petang itu, kedua-dua mangsa cedera di kaki dan tangan telah dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Turut ditahan adalah pemandu kereta tersebut berusia 42 tahun yang menerima rawatan di hospital sama kerana cedera di kepala kira-kira pukul 4 petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan ke Bandar Saujana Putra dari Banting.

Katanya, penunggang itu kemudiannya memberhentikan motosikalnya di hadapan Perodua Bezza yang berhenti di lorong kecemasan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tanjung 12 SKVE.

“Bagaimanpun, secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak semula lalu melanggar sisi bahagian hadapan motosikal tersebut sehingga menyebabkan penunggangnya terjatuh serta cedera di kaki dan tangan.

“Pemandu kereta itu terus bergerak melawan arus di lorong kecemasan dan melanggar sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC 135,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelanggaran itu seterusnya menyebabkan penunggangnya tercampak di jalan dan cedera di kedua-dua tangan dan kaki.

Tambah Ahmad Ridhwan, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut telah dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan.

“Justeru, mana-mana saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Terdahulu, tular aksi lawan arus dilakukan kereta berkenaan menerusi video berdurasi dua minit 30saat di laman sosial Facebook. -KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 09:26 AM | Show all posts
mabuk nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:38 AM | Show all posts
Ada orang kata mabuk


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap kerajaan kenakan hukum gantung orang mcm ni.  Makin menjadi-jadi pulak. Ada kad OKU pun gantung juga kalau melawan arus.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:07 AM | Show all posts
Perbandingan negara yang mempunyai pensusuk 32juta dengan 65juta penduduk..

image upload





Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:07 AM | Show all posts
Perbandingan negara yang mempunyai pensusuk 32juta dengan 65juta penduduk..

image upload





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 12-4-2022 09:38 AM
Ada orang kata mabuk

i bukak video ni . betullah org tu salah. tapi maki hamun macamlah driver tu dengar. video tak sesuai ditonton kanak2. mmg org malaysia kalau dah panic memaki hamun centu ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:12 AM | Show all posts
Bgus tindakan brader ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:22 AM | Show all posts
kepompong replied at 12-4-2022 10:11 AM
i bukak video ni . betullah org tu salah. tapi maki hamun macamlah driver tu dengar. video tak ses ...

U baru semalam jejak Malaysia ke?

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 12-4-2022 09:49 AM
Harap kerajaan kenakan hukum gantung orang mcm ni.  Makin menjadi-jadi pulak. Ada kad OKU pun gantun ...

patut yg OKU ni tak dibenarkan memandu kenderaan sendiri sbb takot menyebabkan kemalangan... contoh dah byk ... kt penang yg pompuan cina OKU tu.. bawa keta lawan arus smpi mati org.

tambah2 OKU yg lembam, tak sepatutnya bole dpt lesen keta... dah lembam kan... mesti tak bole nak pikir pertimbangan baik buruk!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 12-4-2022 10:22 AM
U baru semalam jejak Malaysia ke?

hahahaahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:41 AM | Show all posts
ada lagi kes camni.dah la bezza susah nak dapat stok

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:48 AM | Show all posts
duduk estet diam2 jela
kat area sini mmg bajet babi betul bangsa ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:41 AM | Show all posts
bangsa C rupanya
spt biasa kad OKU


waktu siang kes lawan arus
waktu malam kes mabuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067458 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list