CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Tempatan] Jemaah meninggal semasa solat Isyak

[Copy link]
Post time 12-4-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Jemaah meninggal semasa solat Isyak

https://www.utusan.com.my/nasion ... semasa-solat-isyak/

Oleh Mohammad Radzi Mohd Zin
12 April 2022, 7:58 am


ALLAHYARHAM Yusri Taib yang meninggal dunia semasa solat Isyak berjemaah di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, malam tadi.

KUALA SELANGOR: Seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Yusri Taib, 51, meninggal dunia semasa solat Isyak berjemaah di Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini malam tadi.

Beliau yang berasal dari Melaka sebelum itu rebah dalam rakaat pertama solat Isyak sebelum disahkan meninggal dunia oleh kumpulan paramedik dari Hospital Sungai Buloh.

Abang Allahyarham, Mat Isa Taib, 56, berkata, adiknya bersara daripada TUDM kira-kira sembilan tahun lalu dan menjalankan perniagaan menjahit kusyen dan bantal yang diusahakan bersama isterinya.

Sepanjang pengetahuannya, kata beliau, Allahyarham yang tinggal di Saujana Perdana, dekat sini juga sihat.

“Allahyarham mempunyai empat anak berusia antara 16 hingga 23 tahun. Anak sulungnya baru sahaja bekerja selepas menamatkan pengajian,” katanya di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di MAN pada kita-kira pukul 8.30 pagi ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah pada pukul 11 pagi.

Pemergian jemaah yang sungguh dicemburui iaitu ketika solat Isyak pada bulan Ramadan itu turut mendapat perhatian pendakwah, Pahrol Mohamad Juoi yang turut berjemaah di MAN ketika kejadian.

Dalam ciapan di Facebook, beliau berkata, ketika imam membaca surah pertama solat Isyak malam tadi, tiba-tiba kedengaran seorang di belakangnya rebah dengan bunyi suara yang agak kuat ‘Allah’.

Usai solat, beberapa orang menerpa untuk memberi pertolongan cemas selain jemaah lain memberi ruang bagi proses pengudaraan yang baik serta mendoakan kebaikan untuk beliau.

“Beliau tidak sedarkan diri. Usai solat tarawih diikuti solat witir, dimaklumkan yang jemaah tersebut telah meninggal dunia.

“Saya terpegun. Sayu. Sedih. Begitu cepat dan tiba-tiba Izrail menjemputnya pulang. Dan alangkah indah kematiannya…di rumah Allah pada malam Ramadan yang berkah, sedang solat serta sempat mengucapkan nama Allah…Cemburu,” ciapnya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047030 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list