View: 2206|Reply: 31
|
[Tempatan]
Restoran burger dari Amerika Syarikat, Five Guys akan buka cawangan di Pavilion. Masih belum ada sijil halal JAKIM
[Copy link]
|
|
Five Guys kini dibuka di Kuala Lumpur, ada 250,000 gabungan burger dan lebih 1,000 perisa milkshake
OLEH Najib
1:17 pm
11/04/2022
Restoran burger dari Amerika Syarikat, Five Guys telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia tahun lepas, tetapi jauh di Genting Highlands. Kini mereka mengumumkan akan membuka cawangan kedua di Malaysia dan ia terletak di Kuala Lumpur.
Orang ramai boleh mencuba burger istimewa Five Guys di cawangan kedua mereka yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Mall, Kuala Lumpur. Ia mula dibuka hari ini, 11 April 2022 dan akan beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam di alamat:
Lot C3.06.01, Level 3, Connection, Pavilion Kuala Lumpur
Five Guys menampilkan konsep makanan segera yang segar. Daging burger yang digunakan hanya disimpan di peti ais, tidak disejuk beku menandakan ia digunakan segar setiap hari. Roti burger juga dihasilkan pada hari yang sama. Kentang goreng pula dipotong menggunakan tangan, bukan mesin dan digoreng dalam minyak kacang. Ketuhar gelombang mikro juga tidak digunakan bagi membuktikan mereka menyediakan hidangan mengikut pesanan, bukannya prasiap.
Keunikan seterusnya adalah 15 pilihan tambahan untuk burger iaitu sayur dan sos, menjadikan sehingga 250,000 gabungan pilihan burger boleh dibuat berdasarkan kegemaran pembeli. Konsep yang hampir serupa dengan Subway.
Seterusnya, Five Guys menawarkan susu kocak atau milkshake berasaskan vanila, dengan 8 pilihan untuk ditambah ke dalamnya seperti kacang dan strawberi. Ini menjadikan susu kocak Five Guys boleh diubah suai kepada lebih 1,000 jenis perisa.
Daging dan sos 100% halal
Walaupun Five Guys masih tiada sijil halal JAKIM, mereka menyatakan bahawa mereka menggunakan 100% daging dan sos halal. Tiada penggunaan sebarang produk berkaitan babi dan alkohol di dalam premis.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Five Guys Malaysia, layari laman web mereka di sini dan ikuti mereka di media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.
sumber: bm.soyacincau.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mesti mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh kat westfield ade benda ni, tapi tak makanlah, oh kat sini belum ade sijil halal JAKIM ye...if ade boleh lah try jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg dkt genting tu kan? Teringin nk rasa |
|
|
|
|
|
|
|
beli roti burger RM 2.++ beli satu bungkus daging burger ramly. buat sendiri.puas hati.nak letak cheese ke, telur ke ,chicken loaf ke |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 11-4-2022 04:09 PM
Ni yg dkt genting tu kan? Teringin nk rasa
Me dh cubaaaa... Ntahla tak kena dgn tekak.. jauh lebih sedap Carl's junior. Mahal plak tuuu ???? |
|
|
|
|
|
|
|
akumakanhati replied at 11-4-2022 04:39 PM
Me dh cubaaaa... Ntahla tak kena dgn tekak.. jauh lebih sedap Carl's junior. Mahal plak tuuu ????
Sebut pasal JAKIM ni kan sis, teringat pulak akak dengan kes restoran fast food Carl's Jr. tak dapat pensijilan halal daripada JAKIM sebab JAKIM ikutkan sangat takrif Dewan Bahasa Dan Petaka Yang Bodoh Tu bahawa bacon tu daging babi salai, padahal Carl's Jr. untuk negara Islam guna chicken bacon jah, bukannya daging babi dalam burger, bacon ada macam-macam ada chicken bacon, beef bacon, itik salai minang bacon perogol amah, turkey bacon, tapi JAKIM nak paksa jugak Carl's Jr. buang perkataan bacon dalam menu takut-takut mengelirukan ummah Mulayu Islam
Padahal seluruh Liga Arab Muslim sudah mengiktiraf kehalalan toiyiba Carl's Jr., tetiba Malaysia rasa diri lebih Islamik daripada negara pencipta ugama Islam itu sundri, keheinya sampai ke sudah restoran fast food Carl's Jr. satu-satunya restoran asing di Malaysia ni yang dibenarkan beroperasi tetapi takkan dapat pensijilan halal daripada JAKIM
A&W punya risau tak dapat pengsijilan halal JAKIM, terpaksa tukar perkataan menu root beer jadi air sarsaparilla semendjak tahun 2009, takut-takut ummah mulayu moslem terkeliru dengan perkataan beer dalam root beer |
|
|
|
|
|
|
|
five guys? not gonna repeat it..
prefer carl's junior lagii..
utk five guys, burger only around rm38+-, milkshake rm23..
tp milkshake dia yummy..
sos n topping burger free, milkshake flavor nak mix banyak mana pun free.. |
|
|
|
|
|
|
|
hanamunir replied at 11-4-2022 11:54 PM
five guys? not gonna repeat it..
prefer carl's junior lagii..
utk five guys, burger only around rm38 ...
Carl’s junior sedp ke uols selalu lalu je kedainye x terasa nk masuk takut taraf2 mcd bgi burger cincai |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka burger chili's je.. daging dia moist juicy...
Fuel shack, dottys, burger&lobster boleh la telan.. tp tidak begitu menggiurkan
Nnti bukak kat pavi bleh la try, ritu pi genting tak selera nak mkn benda gini plak.. ye la.. burger je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
5 guys Di westfield tu tak halal pun ada babi tetapi ramai orang Islam terutamanya bapa arab dan ibu arab makan disitu.
Pernah masuk sekali lama dahulu tetapi bila tengok menu itu babi ini babi terus tak selera nak makan kerana dah jemu makan di restaurant yang ada menyediakan babi walaupun tak pernah makan babi. |
|
|
|
|
|
|
|
potong stim kan klu byk sgt menu berbabi, aku masuk gak resto jual menu ada babi tp klu dah byk sgtt menu babinya mcm tak selera jadinya
|
|
|
|
|
|
|
|
Auntie Anne's pretzels dog pun senyum sinis sis
|
|
|
|
|
|
|
|
that's whyi tak pi situ...i nampak banyak golongan tu pi situ...hmm tu la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun Five Guys masih tiada sijil halal JAKIM, mereka menyatakan bahawa mereka menggunakan 100% daging dan sos halal. Tiada penggunaan sebarang produk berkaitan babi dan alkohol di dalam premis.
Sekarang senang betul..ckp je org dh caya..xpyh nk bt logo palsu..still dpt pelanggan
Nnt klu ada kes..dorg ckp la itu org sabotaj la..itu kes melayu dengki la..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 11-4-2022 08:59 PM
Sebut pasal JAKIM ni kan sis, teringat pulak akak dengan kes restoran fast food Carl's Jr. tak dap ...
Dia tukar jd A&W RB je .bkn sarsi |
|
|
|
|
|
|
|
Ke arah negara obes #1 di Dunia misi 2030 |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my dayum!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|