CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6219|Reply: 65

Rakam Video Tokti Tengah Keluar Duit Di ATM, Pengguna Tiktok Dikecam Ganggu Privasi

[Copy link]
Post time 11-4-2022 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil duit di mesin ATM mengundang rasa kurang senang netizen.


Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.


“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like... Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.








Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.


Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.








Terkesan dengan kecaman banyak pihak, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.


Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.


“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).


“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.


“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.








Bagaimanapun, pemerhatian mStar mendapati individu berkenaan baru sahaja memadam video berkenaan dari laman Tiktok miliknya selepas lebih 14 jam dimuat naik. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 08:15 AM | Show all posts
Boleh jadi kes polis rakam orang kat atm.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:19 AM | Show all posts
dia punya benak tak leh bawak bincang, semua benda ko nak buat content ke gila? tunggulah org tu siap berurusan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpan gambar diam2 buat kenangan sendiri tak boleh ke? Dah la gamba tu pun kakak kau yg punya bukan kau yg ambil...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon polis amik tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
JUMPA CITOT PON KO DAH mengelabah tetek. Belum jumpa rozi jands lg mesti nak TERPELANTING TETEK TU kekdahnyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Niat dihati nak org puji,sekali nitizens kecam. Kalau dah teruja sangat tunggu aje la CT hbs buat urusan kat ATM tu.
Ye ke video kakak,
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:40 AM | Show all posts
iolss tertengok ni kat reels FB. memula tengok tu dah tepikir dah. dibuatnya orang terrnampak berapa banyak yg tokti withdraw ke, balance dalam acc dia ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 08:44 AM | Show all posts
aku tengok tiktok ni
dgn Aafiyah ketakutan
yg rekod kata Aafiyah malu2
hello! kau stranger lah
nak rakam2 anak org suka2 hati
mana common sense entah
dh lah kat ATM siap rekod Tokti pegang duit
baik giler Tokti takde marah
ye lah klu marah nnt org ckp sombong plk
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:45 AM | Show all posts
aku tgk juga kat reels FB, tak ckup tgn mak iti nk withdraw duit tu, sib baik masa fans tu amek time afiyah pusing semula mak iti dah settle semua. haiyoooo..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la stok2 netizen sangkak sangap likes ni
Privacy org pun depa selamba ceroboh and viral sana sini demi nak likes punya pasal.
Lps ni jmpe tokti bari keluar jamban RnR PLUS highway pun bakal dijadikan content gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun...aku tgk riak muka tok ti nmpk sgt dia tak selesa wlupun pakai mask. Bataklah sgt netizen ni pun tak boleh ke tunggu org tu settle keluarkan duit dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Batak sangat jumpa artis
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:04 AM | Show all posts
iols start masuk pin no smpai dah keluar duit, mesti rasa tak selesa kalau ada orang kat belakang jenguk2, macam tak menyabor sangat nak cucuk kad dia choi sangat perangai
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:07 AM | Show all posts
serius arr tokti kuar duit takde bodyguard...artis sendu jln2 kat pavi pon bodyguard kiri kanan depan blkg
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:08 AM | Show all posts
kalau aku jadik tokti pun aku bengang...dalam bideo tu jelas siap ada gambo tokti masukkan duit dalam purse...ko pakai common sense la weyh...aku kalau kat atm org dok tgk aku keluar duit pn da insecure...ni tibah amek bideo bagai...hahahaha sejenis jakun gamaknya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 09:08 AM | Show all posts
KAta moment kakak kau, kau pegi share kt public buat hape?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:11 AM | Show all posts
aiyoo yooo... kalau yer pun tunggu la urusan orang tu selesai.
ini siap kat screen terpampang Sila Ambil Wang Anda....
jadah nau pemenat pun... haishhh.
kang kalau orang tu tak layan, ko bengkek and sentap. Padahal takde common sense nak pikir org tu tengah buat urusan lagi2 melibatkan duit yang p&c.
Mujur ko jumpa Tok T yg memang terkenal perangai tak sombong dia.. kalau retis lain mcm Che Ta or Lisa Suriyusry... mau kena sound setepet kat situ... yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:12 AM | Show all posts
Agaknya nak keluar duit banyak pun tak jadi. Keluar sikit je le.

Kalau keluar duit ni, org diri dekat2 kat belakang pun dah rasa tak senang. Ada covid, aku rasa besar hikmah nya, baru orang pandai nak beratur jauh2. Kalau tak mcm kan ada simpanan bersama pulak dengan haku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:16 AM | Show all posts
nampak muka aafiyah tu takut. yg tukang rakam pun gigih" aafiyah aafiyah" budak tu. Dah la stranger, dah nmpk budak tu muka takut2 tu dah la, tak payah la merakam sambil memanggil lg. mcm stalker creepy tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066621 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list