View: 1213|Reply: 2
|
Berderau Darah Amyra Rosli, Paras Oksigen Anak Tiba-Tiba Menurun
[Copy link]
|
|
Keadaan kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki.
Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/11/075849xdi0jppddawb8vbi.png) Foto: IG
“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.
Pada Rabu lalu, mStar melaporkan Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.
Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.
Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid.
“Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik.
“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah” ujarnya.
Untuk rekod, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
smoga ini anak sht yek.. mak2 kalau demam pun dh neves... sanggup xtido malam.. |
|
|
|
|
|
|
|
ohh dh start shooting eh.. rasa mcm mggu lepas baca dia sakit kaki bengkak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|