CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Sabah] PGA usir lima warga asing cuba masuk secara haram

[Copy link]
Post time 11-4-2022 12:13 AM | Show all posts |Read mode


USIR: PGA usir pulang semua warga asing berkenaan sehingga ke sempadan negara.

SEMPORNA: Lima warga asing cuba masuk secara haram ke perairan negara gagal selepas dikesan sepasukan anggota Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Mataking, di sini semalam.  

Semua warga asing berumur tiga hingga 55 tahun dari negara jiran itu dikesan masuk ke perairan negara ketika rondaan Op Benteng/ Op Taring dilakukan di kawasan berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, bot yang dinaiki semua warga asing terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota PGA menggunakan bot Banggi 29 kemudian mengekori dan berjaya memintas sebelum pemeriksaan dilakukan ke atas bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua warga asing terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan memasuki perairan negara ini secara haram.
“Soal siasat mendapati mereka adalah rakyat negara jiran yang ingin ke Semporna,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rani berkata, bot berkenaan kemudiannya diusir dan diiringi sehingga ke sempadan negara.

“Anggota PGA turut memberikan nasihat kepada semua warga asing berkenaan supaya tidak masuk ke negara ini secara haram,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.319423 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list