CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Kedah] Tiada kaitan vaksin

[Copy link]
Post time 10-4-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode

SAMPEL tisu dalaman turut diambil bagi mengesan keradangan otot jantung atau miokarditis.

Alor Setar: Keengganan segelintir golongan terhadap pengambilan vaksin Covid-19 sering kali dikaitkan dengan kebimbangan berhubung kesan sampingan yang menyebabkan kematian.

Walaupun di Malaysia tiada kes sedemikian disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini namun pemantauan serius serta kajian lanjut dijalankan setiap kali wujud laporan kes yang disyaki.

Ia termasuk proses mengenal pasti punca sebenar kematian menerusi bedah siasat yang lebih teliti oleh pakar forensik.

Setakat 1 April lalu, laporan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan terdapat 609 kes kematian yang dicatatkan berada dalam kategori kes disyaki akibat menerima suntikan vaksin.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, 460 laporan selesai penyiasatan dan penilaian oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK) yang mana setakat ini tiada kes kematian dilaporkan mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin Covid-19.

Manakala 149 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh JFK.

Secara eksklusif, wartawan TV9 berpeluang mengikuti pemeriksaan bedah siasat dijalankan pihak hospital membabitkan kes disyaki di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Pakar Perunding Forensiknya, Dr Mohd Suhani Mohd Noor berkata, semasa pemeriksaan bedah siasat dilakukan, pihaknya akan memberi lebih tumpuan kepada bahagian kerongkong untuk melihat tanda gejala berkaitan dengan alahan yang teruk atau dikenali sebagai acute.

"Jadi kita akan lihat sama ada saluran kerongkong mayat mempunyai bengkak. Jika kematian berlaku lebih lewat sikit, mungkin beberapa hari atau minggu kedua selepas menerima vaksin, kita mungkin memberi lebih tumpuan kepada organ jantung," katanya.



DR Mohd Suhani.

Menurutnya, jika kematian berlaku lebih lewat, tumpuan akan diberikan pada saluran darah dalam paru-paru atau di selaput otak untuk melihat sama ada berlaku pembekuan darah atau tidak.

"Sampel tisu dalaman akan turut diambil bagi mengesan keradangan otot jantung atau miokarditis.

"Pemprosesan tisu ini akan diletakkan dalam slide kaca dan dilakukan imbasan atau pencelupan tertentu supaya slide ini boleh dilihat bawah mikroskop.

"Menerusi pemeriksaan mikroskop ini, kita akan lakukan kajian dan penilaian sampel tisu pada peringkat miktroskopik LA iaitu lebih dari peringkat mata kasar," katanya.

Dr Mohd Suhani berkata, jika di peringkat mata kasar juga tidak dapat dilihat dan mempunyai keabnormalan struktur, ia boleh dikesan menerusi pemeriksaan miktroskopik.

Bagaimanapun, katanya, punca kematian disyaki akibat vaksin tidak dapat ditentukan melalui proses bedah siasat semata-mata.

"Pelbagai sampel diperoleh perlu dikaji bukan sahaja di makmal hospital atau fasiliti di dalam negara, malah dihantar ke luar negara bagi kajian lanjut sebelum kesimpulan dapat dibuat.

"Kebanyakan kes kematian dirumuskan bukan disebabkan vaksin adalah berpunca daripada pelbagai gejala atau penyakit biasa yang berpotensi untuk mengakibatkan kematian mengejut di dalam populasi umum negara.

"Misalnya penyakit saluran darah koronari, penyakit jantung iskemia dalam kalangan golongan berusia dan penyakit jantung aritmik dalam kalangan golongan muda selain komplikasi darah tinggi seperti pendarahan otak dan jangkitan saluran pernafasan seperti radang paru-paru," katanya

Hakikatnya, proses pemeriksaan bedah siasat itu bukan satu prosedur mudah dan memerlukan penelitian dan kajian lanjut terutama membabitkan kes mengesan punca sebenar kematian akibat vaksin Covid-19.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tiada-kaitan-vaksin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048410 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list