CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sabah] Naik Kadar Tambang Khas Bas Ekspres 29 April – 8 Mei 2022

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode


LPKP Sabah Setuju Naik Kadar Tambang Khas Bas Ekspres 29 April – 8 Mei 2022

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) setiap kilometer bagi tempoh bermula 29 April depan hingga 8 Mei 2022.

Pengerusinya, Datuk Chin Kim Hiung berkata, kenaikan ini adalah selaras keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambar 10 peratus daripada kadar tambang asal perkhidmatan bas ekspres.


Datuk Chin Kim Hiung berkata, kenaikan ini adalah selaras keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambar 10 peratus daripada kadar tambang asal perkhidmatan bas ekspres.

“Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer, sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mengambil maklum peningkatan jumlah pengguna menjelang musim perayaan Aidilfitri, susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan.

Justeru, permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 akan dibuka bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini.

“Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP cawangan Tawau dan LPKP cawangan Sandakan.

“Manakala, tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022,” katanya.

Chin turut menyeru kepada orang ramai untuk terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19. – AWANI


sabahpost.net/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062483 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list