CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Sarawak] Ayam dipanggang dalam pasu cukup unik, rasanya jelas berbeza

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode


Ayam panggang yang dipanggang menggunakan pasu.

KOTA SAMARAHAN: Kelainan kaedah penyediaan makanan sudah pasti akan menghasilkan rasa yang unik, lain daripada yang lain, sekali gus menjadikan hidangan lebih lazat.

Begitulah cara penyediaan ayam yang dimasak menggunakan pasu berbanding cara biasa yang diusahakan oleh Anizan Hussein, 52.

Lebih melazatkan hidangan ini, ayam berkenaan diperap dengan rempah khas dan dipanggang dalam pasu selama antara satu hingga dua jam yang akan membangkitkan aura cita rasa yang berbeza.

"Ayam berkenan boleh didapati di tepi jalan Lorong 20, Taman Samarindah, Kota Samarahan dengan harga sekitar RM20 hingga RM24 mengikut saiz ayam," katanya semasa dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Anizan yang juga pesara Tentera Darat memulakan perniagaan di Sarawak selepas mendapati kaedah masakan itu popular sejak empat dan lima tahun lalu di Semenanjung Malaysia.


Ayam bakar yang sudah masak akan dipotong sebelum dijual kepada pelanggan.

Menurut anak jati Perlis itu, kaedah masakan berkenaan boleh menghasilkan rasa yang berbeza, aroma yang lazat serta isi yang lembut.

"Ramuan serta sos yang dihasilkan sendiri menjadikan jualan itu mempu mencecah sehingga 80 ekor ayam sehari.

"Inspirasi menjual ayam tersebut merupakan idea yang diperoleh di Semenanjung Malaysia memandangkan ia popular dengan ayam pasu.

"Justeru, saya bawa kaedah jualan ini ke Sarawak sebagai pilihan baharu orang Sarawak terhadap masakan ini," ujarnya.

Bagaimanapun, jelasnya permintaan dan jualan ayam bakar pada Ramadan tahun ini ada berkurangan sedikit disebabkan faktor-faktor tertentu.


Kaedah memanggang ayam dengan menggunakan pasu menjadikan aromanya lain daripada ayam panggang yang lain.

Jelasnya, pada Ramadan tahun ini, ada jualan yang merosot sehingga 50 peratus berbanding tahun sebelumnya walaupun puasa tahun ini negara berada di fasa peralihan ke endemik.

Ditanya mengenai harga ayam di pasaran yang meningkat sekali gus menjadi faktor harga jualan meningkat, Anizan memberitahu, harga ayam bakar yang dijualnya itu murah berbanding jualan ayam yang lain.

"Dalam sehari saya target (sasar) menjual 20 hingga ke 30 ekor sahaja dan orang ramai yang hendak mencuba ayam berkenaan boleh singgah di gerai kecil tepi jalan Lorong 20 Taman Samarindah, Kota Samarahan.

"Operasi jualan akan mula dibuka jam 2 petang sehingga jualan habis setiap hari.

Pelanggan boleh juga menghubungi talian 012-8970554.


utusanborneo.com.my/2022/04/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033166 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list