View: 526|Reply: 1
|
Anjing Kena Saman Sebab Pandu Laju
[Copy link]
|
|
Sumber Dodo
Baru-baru ini, seorang pemandu di Berlin, Jerman menerima saman atas kesalahan pandu laju. Kenderaannya yang bergerak melebihi had laju ditetapkan berjaya dirakamkan oleh kamera trafik.
Bukti pelanggaran dalam bentuk forografi turut disertakan agar pelaku tidak dapat menafikan kesalahan yang telah dilakukannya.
Bagaimanapun, imej pada fotografi tersebut memaparkan pelakunya adalah seekor anjing dan bukannya pemilik kenderaan terbabit.
Anak saudara kepada pemilik kenderaan itu berkongsi kejadian melucukan tersebut di Twitter. Memetik laporan Dodo, lelaki itu berkata reaksi pertama bapa saudaranya adalah terkejut ketika melihat gambar terbabit.
Sumber Dodo
Pada hari kejadian, bapa saudaranya memandu kereta tersebut dan secara tiba-tiba anjingnya yang diletakkan di kerusi penumpang melompat ke pangkuannya tepat ketika melintasi kamera trafik.
"Biasanya anjing itu dipakaikan tali pinggang kereta khas untuk keselamatan tetapi pada hari itu bapa saudara saya terlupa memasangnya. Anjing itu berada di pangkuannya hanya tiga saat sahaja tetapi cukup panjang menjadikan dia sebagai suspek," seloroh lelaki itu.
Bapa saudaranya boleh menafikan saman yang dihantar kepadanya atas alasan kekurangan bukti tetapi dia tetap membayar denda tersebut kerana menyedari kesilapan yang dilakukannya.
"Dia sudah menjelaskan bayaran denda tersebut tetapi saya tidak boleh kongsikan lebih lanjut mengenai reaksi pihak berkuasa," katanya.
Bapa saudara kepada lelaki itu menerima surat sama berjumlah €50 (RM229.30). -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak nak bayar boleh tak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|